BANTUAN DALAM MYKAD TERBARU RM50 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Pemberian bantuan berjumlah RM50 setiap bulan ke dalam MyKad adalah sebagai tambahan untuk menampung kos sara hidup golongan yang berpendapatan rendah. Setiap bulan bantuan akan dimasukkan secara automatik ke dalam MyKad.
Bagaimanakah semak status bantuan dalam mykad terbaru rm50 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN DALAM MYKAD TERBARU RM100 SETIAP BULAN : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
SENARAI KATEGORI PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD TERBARU RM50 SETIAP BULAN
Hanya kategori penerima yang disenaraikan di bawah sahaja akan menerima bantuan dalam Mykad berjumlah RM50 setiap bulan :
- Bujang OKU;
- Bujang belum berkahwin;
- Balu (Tiada anak);
- Duda (Tiada anak);
- Janda (Tiada anak).
*Nota : Bagi yang berumur 21 hingga 59 tahun sahaja.
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN DALAM MYKAD TERBARU 2024
Penerima akan mula menerima bantuan dalam MyKad pada tarikh terbaru, iaitu :
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN DALAM MYKAD TERBARU |
---|
Bermula 1 Ogos 2024 (Khamis) |
TEMPOH PENGGUNAAN BANTUAN DALAM MYKAD RM50 SETIAP BULAN 2024
Baki yang tidak digunakan pada bulan sebelum ini akan dibawa ke bulan seterusnya. Namun perlu dihabiskan sebelum tamat tempoh, iaitu pada :
TARIKH TEMAT TEMPOH BANTUAN DALAM MYKAD |
---|
Sebelum pada 31 Disember 2024 (Selasa) |
KELEBIHAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2024
Berikut merupakan beberapa kelebihan yang diperoleh daripada bantuan dalam MyKad :
- Boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas;
- Had pembelian RM50 setiap bulan;
- Pengkreditan bantuan secara automatik ke dalam Mykad;
- Boleh digunakan di seluruh Malaysia;
- Cara pembelian dengan mudah tanpa tunai (guna MyKad).
SEMAKAN STATUS BANTUAN DALAM MYKAD TERBARU RM50 SETIAP BULAN 2024
Ikuti cara semakan status bantuan dalam MyKad yang terbaru bernilai RM50 setiap bulan seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Laman Rasmi Semakan Status Bantuan Dalam MyKad | https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus |
- Sila klik pada pautan laman rasmi di atas.
- Anda akan dibawa ke halaman semakan status.
- Masukkan nombor MyKad* pada ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status penerima terbaru akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di Talian : (603) 7720 1800 atau https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.
where the bantuan membeli beg sekolah, kasut dan buku