BANTUAN E WALLET RM200 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Kemudahan pemberian bantuan secara tanpa tunai (cashless) tentunya dapat memudahkan rakyat menerima dan membuat urusan transaksi bantuan untuk apa-apa pembelian dengan selamat tanpa perlu mengeluarkan wang tunai.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bantuan e wallet RM200? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
Baca Juga : BANTUAN mySalam 2025
BANTUAN E WALLET RM200 2025
Pembayaran Bantuan SARA MyKasih yang bernilai RM200 adalah dibayar secara tanpa tunai (cashless) menerusi kad pengenalan (IC) penerima dan bukanlah melalui akaun aplikasi e-Wallet kerana pihak kerajaan tidak meneruskan pemberian bantuan melalui e-Wallet.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN E WALLET 2025
Bantuan SARA MyKasih yang bernilai RM200 adalah khas untuk isi rumah yang memenuhi kelayakan berikut :
- Warganegara Malaysia
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN E WALLET RM200 2025
Pembayaran Bantuan SARA MyKasih yang bernilai RM200 adalah dijadualkan seperti berikut :
JUMLAH BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
RM100 Sebulan | 15 Januari 2025 Hingga Mac 2025 |
RM200 Sebulan | April 2025 Hingga Disember 2025 |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN E WALLET 2025
Ketahui status kelayakan sebagai penerima bayaran Bantuan SARA MyKasih melalui semakan seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
KEGUNAAN BANTUAN E WALLET RM200 2025
Antara kegunaan Bantuan SARA MyKasih adalah khas digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman (Contoh) Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh) Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh) Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh) Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh) Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh) Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).
SOALAN LAZIM (FAQ) MyKasih 2025
- Adakah bantuan ini diberikan dalam bentuk wang tunai?
- Tidak. Bantuan ini dikreditkan terus ke dalam MyKad dan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas.
- Bagaimana jika MyKad saya tidak boleh digunakan?
- Pastikan MyKad anda aktif dan sah.
- Cuba di kedai lain yang menerima MyKasih.
- Hubungi talian bantuan MyKasih untuk bantuan lanjut.
- Bolehkah saya memohon jika nama saya tidak tersenarai sebagai penerima?
- Ya, anda boleh membuat rayuan melalui portal STR atau menghubungi pihak berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
- Bagaimana saya boleh mengetahui senarai kedai yang menerima MyKasih?
- Anda boleh menyemak senarai kedai runcit dan pasar raya yang menyertai program ini di portal rasmi MyKasih atau aplikasi MyKasih.
KESIMPULAN
MyKasih 2025 merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu golongan yang memerlukan dalam mendapatkan barangan keperluan asas. Jika anda layak, pastikan anda menyemak status kelayakan dan menggunakan bantuan ini dengan bijak untuk kesejahteraan keluarga anda.
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan E wallet, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Hotline STR : 03-8882 4565
- E-mel : [email protected]