BANTUAN EWALLET B40 RM300 TERBARU 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

BANTUAN EWALLET B40 RM300 TERBARU 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

Direka khas bantuan yang dikreditkan menerusi akaun e-Wallet untuk golongan B40 sebagai perlindungan daripada ketidakpastian ekonomi bagi meningkatkan kedayatahan kewangan sesebuah keluarga yang berpendapatan rendah serta memerlukan.

Bagaimanakah semak nama penerima bantuan ewallet b40 rm300 terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN MYKAD RM150 JULAI : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

APA ITU BANTUAN EWALLET B40 2024

Bantuan yang dikreditkan menerusi akaun dalam aplikasi e-Wallet adalah dirangka oleh Kerajaan Negeri Selangor yang diberi nama sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera untuk memberi sokongan kepada keluarga yang terkesan untuk membeli keperluan asas dan alatan pendidikan.

HAD PENYALURAN BANTUAN EWALLET B40 TERBARU 2024

Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan had penyaluran bantuan e-Wallet yang terbaru, iaitu :

KADAR AMAUNHAD PENYALURAN
RM300Sebulan
RM3,600Setahun
*Nota : RM300 setiap bulan perlu dihabiskan kerana baki dari bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan seterusnya.

MANFAAT PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 TERBARU 2024

Berikut merupakan manfaat-manfaat yang bakal diterima daripada bantuan e-Wallet :

  • Boleh digunakan di mana-mana kedai / pasaraya terpilih;
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (melalui kod QR e-Wallet);
  • Had pembelian barangan keperluan asas bulanan sebanyak RM300;
  • Bantuan akan dikreditkan secara automatik setiap bulan.

*Nota : Rujuk kedai terpilih berhampiran di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 2024

Setiap penerima akan menerima bantuan dalam akaun e-Wallet mengikut tarikh yang berbeza berdasarkan tarikh kelulusan permohonan. Setelah diluluskan, penerima akan menerima bantuan sebanyak RM300 setiap bulan secara automatik mengikut tarikh yang akan dimaklumkan.

SEMAK NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM300 TERBARU 2024

Ikuti semakan nama penerima bantuan e-Wallet B40 yang terbaru seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal semakan di sini : https://bingkasselangor.com/.
  2. Pada halaman utama, klik pada [Semak Status Permohonan].
  3. Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
  4. Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status penerima akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline : 1-800-22-6600 ATAU layari laman di sini : https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/#pengenalan.

Leave a Comment