BANTUAN EWALLET B40 TERBARU RM150 PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024 : MOHON DAN SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
Untuk membeli barangan keperluan asas pastinya akan sedikit sebanyak menjadi beban kepada golongan B40 oleh kerana kenaikkan harga barangan. Oleh itu, bantuan disalurkan khusus untuk menampung pembelian barangan keperluan asas.
Bagaimanakah semak kelayakan bantuan ewallet b40 terbaru rm150 pembelian barangan keperluan asas? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH TERBARU RM150 UNTUK BELI BARANG DAPUR : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
CARA PENYAMPAIAN BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024
Penyampaian bantuan untuk pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai melalui pengkreditan ke dalam akaun kad pengenalan yang didaftarkan dan bukanlah melalui aplikasi e-Wallet seperti yang ditularkan.
SENARAI PENERIMA BANTUAN B40 TERBARU PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024
Terdapat tiga (3) kategori penerima bantuan B40 untuk pembelian barangan keperluan asas yang merangkumi :
- Isi Rumah;
- Warga Emas; dan
- Bujang.
*Seramai 700,000 ribu penerima yang terbaru bagi tahun ini.
CARA PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS DENGAN BANTUAN 2024
Berikut merupakan cara-cara pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan bantuan :
- Sila kunjungi kedai terpilih berhampiran.
- Kemudian, pilih barangan keperluan asas mengikut 13 kategori yang telah ditetapkan.
- Seterusnya, sila ‘tunjukkan kad pengenalan’ kepada juruwang untuk membuat pengesahan penerima bantuan.
- Kemudian, juruwang akan mengimbas setiap kod barangan yang dipilih mengikut kategori yang diluluskan.
- Masukan 6-digit PIN Kad pengenalan anda untuk pengesahan transaksi pembelian.
TEMPOH BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024
Baki elaun bantuan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh iaitu 31 Disember 2024 sahaja.
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN EWALLET B40 TERBARU RM150 PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024
Ikuti cara semakan kelayakan penerima bantuan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :
- Sila layari laman semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di laman sesawang ini : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.