BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI RM500 2024 TELAH DIUMUMKAN : SEMAK PENERIMA SEKARANG

BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI RM500 2024 TELAH DIUMUMKAN : SEMAK PENERIMA SEKARANG

Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dengan jumlah sehingga RM500. Bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu membuat persiapan menjelang perayaan Aidilfitri yang bakal tiba.

Bagaimanakah semakan penerima bantuan khas kewangan aidilfitri rm500 2024? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN MYSTR 100 SETIAP BULAN : CHECK STATUS SEKARANG

TARIKH PENYALURAN BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI RM500 2024

Perdana Menteri sudah memaklumkan kepada Perbendaharaan untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada penerima mengikut tarikh seperti berikut :

PERKARATARIKH
Penyaluran Bantuan Khas
Kewangan Aidilfitri 2024
Bermula 5 April 2024
(Jumaat)

JUMLAH PENYALURAN BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI 2024

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri akan disalurkan mengikut jumlah yang ditetapkan setiap penerima seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
Semua Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah
Termasuk Lantikan Kontrak
RM500
Pesara Kerajaan Termasuk Veteran Berpencen
dan Veteran Tidak Berpencen
RM250

BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI RM500 2024 TELAH DIUMUMKAN

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan mula disalurkan pada Jumaat ini. Tambahannya, kerajaan juga bersetuju menyalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

Pada 15 Mac lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengulangi gesaan supaya kerajaan memberikan bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, pihaknya berharap Perdana Menteri meneruskan tradisi pemberian bantuan itu yang dilaksanakan sejak 10 tahun lepas. Insentif itu, katanya, bukan sahaja memberi manfaat kepada penjawat awam, malah melegakan kelompok peniaga.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Berita terkini yang berkaitan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib yang bertanggungjawab di bawah bantuan ini.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1230186/duit-raya-rm500-untuk-penjawat-awam-gred-56-ke-bawah.

2 thoughts on “BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI RM500 2024 TELAH DIUMUMKAN : SEMAK PENERIMA SEKARANG”

Leave a Comment