ANDA LAYAK TERIMA BANTUAN KHAS KWSP RM500 2025 : SEMAK KELAYAKAN
Bantuan khas KWSP RM500 ialah bantuan kewangan yang ditawarkan kerajaan Malaysia bagi menggalakkan simpanan persaraan.
Ia terdiri daripada dua jenis bantuan :
- Pertama, insentif tahunan sehingga RM500 di bawah program i-Saraan untuk mereka yang mencarum secara sukarela, seperti pekerja sendiri dan suri rumah
- Kedua bayaran sekali sahaja sebanyak RM500 ke Akaun 1 KWSP bagi ahli berumur 40 hingga bawah 55 tahun yang mempunyai simpanan RM10,000 dan ke bawah, seperti diumumkan dalam Belanjawan 2023.
Kedua-dua insentif ini bertujuan untuk membantu rakyat meningkatkan simpanan persaraan dan menjamin masa depan kewangan yang lebih stabil.
BACA JUGA DI SINI : MYSARA CHECK STATUS 2025 : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN (RM2,100,RM900 & RM600)
SEMAK KELAYAKAN TERIMA BANTUAN KHAS KWSP RM500
Insentif i-Saraan (Sehingga RM500 Setahun)
- Warganegara Malaysia
- Berumur bawah 60 tahun
- Tidak mencarum secara tetap melalui majikan (contoh: bekerja sendiri, suri rumah, peniaga kecil, pekerja gig,dan lain-lain.)
- Berdaftar dalam program i-Saraan KWSP
- Membuat caruman sukarela ke akaun KWSP anda
Kerajaan akan memberi insentif 15% hingga 20% daripada jumlah caruman anda, tertakluk maksimum RM500 setahun dan RM5,000 seumur hidup.
Channel Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini (STR 2025/MyKasih/eKasih/Sara/MyKad dan juga bantuan terkini kerajaan 2025.Khas Bantuan B40 & M40! Join : PORTALPERMOHONAN
Caruman Tambahan Kerajaan RM500 (One-Off)
- Ahli KWSP
- Berumur 40 hingga bawah 55 tahun pada 24 Februari 2023
- Mempunyai simpanan Akaun 1 KWSP sebanyak RM10,000 dan ke bawah pada tarikh tersebut
- Bayaran ini diberikan secara automatik, tiada permohonan diperlukan.
CARA MOHON BANTUAN KHAS KWSP RM500 2025
- Pemohon perlu membuat pendaftaran i-saraan terlebih dahulu (Untuk kategori pekerja sendiri & caruman sukarela)
- Muat turun dan isi Borang KWSP 16G (M) di laman web KWSP.
- Hantar borang di mana-mana cawangan KWSP ATAU daftar melalui i-Akaun (Ahli).
- Selepas itu anda perlu membuat caruman
- Anda boleh mencarum secara manual di kiosk KWSP, pejabat pos, atau melalui perbankan internet.
- Minimum caruman RM5 tiada had maksimum.
- Terima Insentif
- Kerajaan akan memadankan caruman anda dengan insentif (20%, maksimum RM500 setahun).
- Insentif dikreditkan terus ke akaun KWSP anda.
- Ahli kwsp yang berumur 40-55 tahun tidak perlu untuk membuat permohonan kerana bantuan RM500 akan terus dikreditkan anda layak dan memenuhi syarat-syarat yabg ditetapkan.
MAKLUMAT LANJUT
Kalau anda tergolong dalam mana-mana kategori di atas, besar kemungkinan anda layak. Untuk kepastian, anda boleh semak status melalui i-Akaun KWSP atau hubungi KWSP di 03-8922 6000.
PENAFIAN
Maklumat yang dikongsikan ini adalah berdasarkan sumber rasmi dan pengumuman terdahulu daripada pihak KWSP dan kerajaan Malaysia. Walau bagaimanapun, sebarang perubahan dasar, kelayakan, atau pelaksanaan insentif adalah tertakluk kepada keputusan semasa pihak berkuasa yang berkaitan. Jika terdapat percanggahan atau maklumat tidak tepat, sila rujuk laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi terus pihak KWSP untuk pengesahan. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kekeliruan atau kerugian akibat penggunaan maklumat ini tanpa semakan lanjut.