BANTUAN KWSP RM500 2024 : SEMAK SEKARANG

BANTUAN KWSP RM500 2024 : SEMAK SEKARANG

Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) menerima peruntukan daripada Kerajaan yang berjumlah RM708 juta untuk disalurkan kepada 1.4 juta ahli KWSP yang memenuhi syarat kelayakan menerima Bantuan KWSP RM500 sebagai caruman tambahan.

Bagaimanakah semak bantuan kwsp rm500? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP : DAFTAR SEKARANG

TUJUAN PEMBERIAN BANTUAN KWSP RM500

Adalah bertujuan menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri umur persaraan untuk terus menyimpan dan mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan mereka.

Ia sejajar dengan matlamat KWSP untuk meningkatkan kecukupan simpanan dan menyumbang secara signifikan kepada matlamat yang lebih luas untuk membina masa depan kewangan yang berdaya tahan.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN KWSP RM500

Bantuan KWSP yang bernilai RM500 akan disalurkan secara one-off ke dalam akaun 1 KWSP. Ia membabitkan peruntukan hampir RM1 billion yang akan diberikan kepada hampir dua juta ahli yang berusia antara 40 hingga 54 tahun.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KWSP RM500

Pemberian Bantuan KWSP yang bernilai RM500 adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur antara 40 dan ke bawah 55; dan
  • Mempunyai simpanan KWSP RM10,000 ke bawah dalam akaun 1.

BANTUAN KWSP RM500 2024

Untuk membuat semakan pengkreditan Bantuan KWSP wang caruman RM500 ini, anda boleh login ke i-Akaun, seperti langkah berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi KWSP; atau klik pada pautan di sini : https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
  2. Masukkan Nombor ID (Kad Pengenalan) & Kata Laluan dengan betul.
  3. Klik pada pilihan [Akaun Peribadi].
  4. Pilih penyata bagi tahun yang dikehendaki dan klik [Cari].
  5. Maklumat penyata akaun anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hubungi talian Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP : 03-8922 6000.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.kwsp.gov.my/ms/.

Leave a Comment