BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2024 : MOHON SEKARANG

BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2024 : MOHON SEKARANG

Program Bantuan Lesen Memandu Percuma ini adalah satu inisiatif kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) golongan B40 untuk mendapatkan lesen memandu Kelas B2, Program ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dibawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ).

Bagaimanakah cara mohon bantuan lesen memandu percuma? Ikuti info lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN BAKUL MAKANAN RM100 : SEMAK SEKARANG

TUJUAN BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA

  • Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen.
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2024

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 16 Tahun dan Ke Atas;
  • Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan;
  • Sihat Fizikal Dan Mental;
  • Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu; dan
  • Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM.

TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA

  1. Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.
  2. Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan.
  3. Sihat fizikal dan mental.
  4. Peserta tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  5. Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
  6. Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali dan ujian.
  7. Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  8. Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  9. Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  10. Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  11. Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
  12. Program akan berlangsung bermula Febuari 2024 sehingga Oktober 2024.

CARA MOHON BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2024

Permohon hendaklah dikemukan pada borang (google form) seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan Borang Penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 di sini : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSek9MDK5_satgAfN283DSDZr-B8mqJ9xjob6peUumW8c9mRWg/viewform.
  2. Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat.
  3. Kemudian, sila muat naik salinan KP baru/ lama depan dan belakang (Format PDF sahaja).
  4. Klik pada [Add File].
  5. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dengan betul.
  6. Seterusnya, sila pilih Lokasi Institut Memandu Negeri anda berada.
  7. Sila baca dengan teliti dan tandakan [/] pada bahagian Pengakuan Pemohon.
  8. Klik pada butang [Next] di bawah.
  9. Kemudian, klik [Submit].
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada belanjawan 2024. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.jpj.gov.my/

6 thoughts on “BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2024 : MOHON SEKARANG”

Leave a Comment