BANTUAN MYKAD 1200 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

BANTUAN MYKAD 1200 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

Setiap bulan, 700 ribu penerima yang disahkan layak akan menerima bantuan tunai melalui Mykad. Inisiatif ini telah dilancarkan sejak Jun tahun lalu yang hanya terhad kepada 210 ribu penerima sahaja, namun inisiatif ini masih diteruskan pada tahun ini dengan kadar bantuan sebanyak RM1,200 dan dibuka kepada lebih ramai penerima.

Bagaimanakah semak penerima bantuan mykad 1200? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CARA MEMOHON PENGELUARAN KHAS KWSP : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD 1200

Pemberian bantuan RM1,200 ke dalam Mykad adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Had umur 21 tahun dan ke atas;
  • Isi rumah berkeluarga atau ibubapa tunggal;
  • Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan;
  • Beralamat dan menetap di Semenanjung Malaysia;
  • Status lulus permohonan STR; dan
  • Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar.

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD 1200

Bantuan yang bernilai RM1,200 akan dikreditkan ke dalam Mykad secara ansur setiap bulan sepanjang 12 bulan iaitu sebanyak RM100 sebulan setiap 1 hari bulan bermula pada Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan pengkreditan akhir adalah pada 1 Disember 2024.

MANFAAT PENERIMA BANTUAN MYKAD 2024

Antara manfaat-manfaat yang diperoleh penerima daripada bantuan yang dikreditkan ke dalam Mykad adalah seperti berikut :

  1. Dikreditkan kepada penerima secara automatik tanpa sebarang permohonan.
  2. Penerima boleh membeli barangan keperluan asas dengan hanya membayar menggunakan Mykad sahaja.
  3. Penerima boleh menggunakannya setiap bulan mengikut jumlah yang diberikan.
  4. Baki daripada bulan terdahulu akan dibawa ke bulan seterusnya.
  5. Had pembelian adalah sehingga RM1,200 setahun.
  6. Tarikh luput penggunaan bantuan Mykad adalah sehingga 31 Disember 2024.

BANTUAN MYKAD 1200 2024

Ikuti cara semakan penerima bantuan Mykad bernilai RM1,200 seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan rasmi semakan penerima bantuan Mykad di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama bantuan, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment