BANTUAN MYKAD 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA

BANTUAN MYKAD 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA

Kaedah penyaluran bantuan tunai melalui Mykad telah mendapat sambutan oleh penerima yang lepas. Oleh itu, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan lagi penyaluran ke dalam Mykad untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia dengan bantuan ini.

Bagaimanakah semak nama penerima bantuan Mykad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CARA MEMOHON BANTUAN MYKASIH RM1200 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

APA ITU BANTUAN MYKAD

Bantuan Mykad atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah yang merupakan bantuan tunai yang disalurkan melalui Mykad penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan sepanjang setahun dengan menggunakan Mykad.

BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD

Bantuan tunai yang disalurkan kepada penerima adalah mengikut jumlah yang ditetapkan setiap kategori seperti berikut :

KATEGORI
MISKIN TEGAR
KATEGORI
MISKIN
SERDEHANA
KATEGORI
ASAS BUKAN
MISKIN
Isi Rumah :
RM1,200
Isi Rumah :
RM1,200
Isi Rumah :
RM300
Warga Emas :
RM1,200
Warga Emas :
RM1,200
Warga Emas :
RM150
Bujang :
RM600
Bujang :
RM600
Bujang :
RM150

BILAKAH TARIKH PENYALURAN BANTUAN KE DALAM MYKAD

Tarikh penyaluran bantuan tunai ke dalam Mykad penerima telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan iaitu pada setiap bulan bermula pada 22 Januari 2024 dan pada bulan seterusnya pada 1 haribulan Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan akhir adalah pada 1 Disember 2024.

CARA SEMAK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD 2024

Ikuti cara semakan penerima yang layak menerima bantuan tunai dalam Mykad seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan rasmi semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status penerima yang layak akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Bantuan Dalam Mykad (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan Malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment