BANTUAN MYKAD MADANI 2025 : SEMAK PENERIMA SEKARANG

BANTUAN MYKAD MADANI 2025 : SEMAK PENERIMA SEKARANG

Berdasarkan Bajet 2025, Kerajaan akan memperluaskan lagi bilangan penerima Bantuan MyKad Madani supaya lebih ramai rakyat Warganegara Malaysia yang layak dapat memanfaatkan penggunaan MyKad untuk menerima bantuan tunai dan digunakan untuk pembelian.

Bagaimanakah semak penerima bantuan mykad madani? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN TUNAI MYSTR FASA AKHIR DI MASUKKAN 7 NOVEMBER : SEMAK PENERIMA SEKARANG

BILANGAN PENERIMA BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Perluasan bilangan penerima Bantuan MyKad Madani dibuka kepada seramai lebih 4.7 juta penerima baharu dan 0.7 juta penerima sedia ada akan tetap menerima ini pada tahun 2025, keseluruhan bilangan penerima dijangka lebih 5.4 juta.

JENIS PENERIMABILANGAN PENERIMA
Penerima Sedia Ada0.7 juta penerima
Penerima Baharu4.7 juta penerima
5.4 juta penerima

JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYKAD MADANI

Kerajaan akan membayar Bantuan MyKad Madani kepada penerima melalui pengkreditan tanpa tunai ke dalam MyKad dengan jumlah antara RM450 sehingga RM900 mengikut kelayakan setiap kategori penerima (isi rumah dan juga bujang).

KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH BANTUAN
MYKAD MADANI
Isi RumahRM900 setahun
BujangRM450 setahun

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKAD MADANI

Pembayaran Bantuan MyKad Madani adalah secara ansur berperingkat setiap bulan bagi sepanjang tahun 2025 mengikut tarikh yang ditetapkan bermula pada bulan April 2025 sehingga bulan Disember 2025 seperti jadual berikut :

TARIKH BAYARAN
BANTUAN MYKAD MADANI
April 2025
Mei 2025
Jun 2025
Julai 2025
Ogos 2025
September 2025
Oktober 2025
November 2025
Disember 2025
*Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa dan akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD MADANI

Antara syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan MyKad Madani adalah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Status berkahwin atau ibubapa tunggal atau bujang;
  • Pendapatan bawah RM5,000 sebulan;
  • Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2025; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

PERMOHONAN BANTUAN MYKAD MADANI

Bagi yang berkelayakan dan belum membuat sebarang permohonan, ikuti cara memohon pada pautan seperti di bawah :

  1. Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan segala maklumat pemohon yang diperlukan dengan betul.
  4. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  5. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  6. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] bahagian pengesahan.
  7. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  8. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  9. Selesai.

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD MADANI

Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKad Madani, ikuti cara semakan status di bawah :

  1. Sila klik pada pautan semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘Nombor MyKad*’.
  3. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  4. Status penerima akan dipaparkan.
  5. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA / MYKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.

Leave a Comment