BANTUAN MYKAD RM100 JUN 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

BANTUAN MYKAD RM100 JUN 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Pengkreditan tanpa tunai melalui Mykad dengan nilai bantuan RM50 hingga RM100 adalah dikreditkan secara berperingkat pada awal bulan Jun ini. Seramai lebih 700,000 ribu individu telah mula menerima dan menggunakannya sehingga kini.

Bagaimanakah semak status bantuan mykad rm100 bulan Jun? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RM600 MYKAD : CHECK SEKARANG

TAHAP PENYAMPAIAN BANTUAN MYKAD RM100 JUN 2024

Terdapat tiga (3) tahap proses penyampaian bantuan kepada penerima melalui MyKad iaitu :

  1. Setelah pemohon yang beralamat di Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan, akaun akan dibuka berdasarkan Nombor Kad Pengenalan dalam sistem yang mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
  2. Penerima akan menerima elaun bantuan sebanyak RM50 / RM100 melalui MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
  3. Pasar raya dan Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad sahaja.

KADAR BANTUAN MYKAD SETIAP KATEGORI JUN 2024

Setiap kategori akan menerima bantuan dalam Mykad dengan kadar yang berbeza seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
Ketua Isi Rumah Miskin & Miskin TegarRM100
Isi Rumah Warga Emas Miskin & Miskin TegarRM100
Isi Rumah Bujang Miskin & Miskin TegarRM50

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN MYKAD RM100 JUN 2024

Kerajaan telah mengumumkan bahawa penerima yang disahkan layak akan menerima bantuan dalam Mykad secara automatik bermula pada 1 Jun 2024 (Sabtu) dan berperingkat sehingga selesai. Setelah dikreditkan, penerima boleh terus menggunakannya di mana-mana kedai seluruh Malaysia.

CARA MENGETAHUI STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD JUN 2024

Untuk mengetahui status, setiap penerima akan dimaklumkan oleh Kerajaan melalui cara berikut :

  1. Sesetengah penerima yang layak akan menerima surat pemakluman mengikut alamat yang didaftarkan; atau
  2. Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) / aplikasi WhatsApp akan dihantar mengikut nombor telefon yang didaftarkan untuk mengesahkan status sebagai penerima; atau
  3. Sekiranya tiada apa-apa pemakluman yang diterima, pemohon boleh membuat semakan status di portal rasmi bantuan.

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD RM100 JUN 2024

Ikuti cara semakan status penerima bantuan MyKad bagi bulan Jun di portal rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment