BANTUAN MYKAD RM100 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK PENERIMA SEKARANG
Pengkreditan bantuan tunai ke dalam Mykad penerima adalah satu inisiatif yang diterima baik oleh penerima sebelum ini. Oleh itu, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian bantuan melalui Mykad dan turut menambah peruntukan kepada lebih ramai penerima.
Bagaimanakah semakan penerima bantuan mykad RM100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN RM50 SETIAP BULAN : CHECK SEKARANG
APA ITU BANTUAN MYKAD
Bantuan Mykad adalah bantuan tunai yang dikreditkan melalui Mykad (Kad Pengenalan) penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas. Bantuan ini telah diperkenalkan sejak tahun lalu dan masih diteruskan bagi tahun ini dengan peruntukan lebih lima kali ganda.
BILAKAH TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD RM100 SETIAP BULAN
Kerajaan telahpun menetapkan tarikh pengkreditan bantuan tunai RM100 setiap bulan ke dalam Mykad penerima yang bermula pada 22 Januari 2024 dan pada bulan seterusnya adalah bermula 1 hari bulan sehingga pengkreditan akhir iaitu pada 1 Disember 2024.
APAKAH KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 SETIAP BULAN
Pemberian bantuan tunai RM100 setiap bulan ke dalam Mykad adalah terhad kepada yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Penerima hendaklah Warganegara Malaysia;
- Berumur 21 tahun dan ke atas;
- Menetap di Semenanjung Malaysia (kecuali Sabah dan Sarawak);
- Pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500; dan
- Penerima dalam kategori miskin STR.
SEMAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 SETIAP BULAN 2024
Ikuti cara semakan penerima yang layak menerima bantuan dalam Mykad RM100 setiap bulan di pautan rasmi berikut :
- Sila klik pada pautan rasmi semakan bantuan dalam Mykad di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Kemudian, anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima yang layak akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan dalam Mykad (Mykasih). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.