BANTUAN MYKAD RM1200 TERBARU 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

BANTUAN MYKAD RM1200 TERBARU 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

Meluaskan capaian agar lebih ramai rakyat yang dapat merasai sumbangan oleh kerajaan yang dirangka khas iaitu bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad dengan kadar yang terbaru sebanyak RM1,200 berbanding sebelum ini hanya diberikan sebanyak RM600 sahaja.

Bagaimanakah semakan penerima bantuan mykad rm1200 terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN MYKAD RM100 JULAI : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

KADAR PERTAMBAHAN PENERIMA BANTUAN MYKAD TERBARU 2024

Berikut merupakan kadar bilangan penerima bantuan dalam Mykad bagi tahun 2024 :

PENERIMA BANTUAN MYKADKADAR BILANGAN
Penerima lama210,000
Penerima terbaru700,000

HAD PENYALURAN BANTUAN MYKAD TERBARU 2024

Bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad adalah mengikut had yang ditetapkan setiap penerima seperti berikut :

KATEGORI KELAYAKAN PENERIMAHAD PENYALURAN
Isi Rumah Berpasangan /
ibubapa tunggal
RM1,200
Warga Emas tiada pasanganRM1,200
BujangRM600

CARA PENERIMAAN BANTUAN MYKAD TERBARU 2024

Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan melalui MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih.

JADUAL PENYALURAN BANTUAN MYKAD RM1200 2024

Penyaluran bantuan adalah berbeza setiap negeri mengikut jadual yang ditetapkan seperti berikut :

NEGERI PENERIMAJADUAL PENYALURAN
Selangor, Kuala Lumpur,
Putrajaya, Negeri Sembilan,
Kelantan, Terengganu,
Kedah, Pulau Pinang
Setiap bulan bermula pada
22/01/2024 hingga 01/12/2024
Perak, Perlis, Pahang
Melaka dan Johor
Setiap bulan bermula pada
29/01/2024 hingga 01/12/2024

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 TERBARU 2024

Ikuti semakan nama penerima bantuan dalam Mykad yang terbaru seperti berikut :

  1. Sila layari laman semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila hubungi pihak berwajib di talian ini : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment