BANTUAN MYKAD RM150 JULAI 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

BANTUAN MYKAD RM150 JULAI 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

Sumbangan bantuan yang disumbangkan dalam MyKad adalah secara berperingkat sepanjang tahun dan kini adalah fasa bagi bulan Julai. Setelah bantuan dimasukkan ke dalam Mykad, penerima boleh terus menggunakannya di mana-mana kedai terpilih.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykad rm150 Julai? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN MYKAD RM1200 TERBARU : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

TARIKH SUMBANGAN BANTUAN MYKAD JULAI 2024

Bantuan dalam Mykad akan disumbangkan pada tarikh berikut :

PERKARATARIKH
Sumbangan Bantuan MyKad1 Julai 2024 (Isnin)
*Nota : Adalah secara berperingkat bermula pada tarikh tersebut.

PROSEDUR PENGGUNAAN BANTUAN MYKAD 2024

Bagi penerima yang terpilih, penerima perlu menggunakan bantuan dalam Mykad seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai terpilih berhampiran (rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli (perlu mengikut kategori barangan yang diluluskan pada rak tanda harga).
  3. Tunjukkan Mykad pada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
  4. Imbasan barangan terpilih akan dibuat oleh juruwang.
  5. Masukkan 6 digit nombor PIN untuk pengesahan traksaksi.
  6. Resit pembelian akan diberikan.

TEMPOH PENGGUNAAN BANTUAN MYKAD JULAI 2024

Setelah bantuan dimasukkan ke dalam MyKad, penerima boleh menggunakannya terus dan sah digunakkan sehingga tempoh :

PERKARATARIKH
Tempoh Sah Guna
Bantuan MyKad
31 Disember 2024 (Selasa)

JUMLAH DISALURKAN SETIAP PENERIMA BANTUAN MYKAD JULAI 2024

Jumlah yang disalurkan kepada setiap penerima adalah berbeza mengikut kelayakan, iaitu :

  1. Isi Rumah akan menerima sebanyak RM100;
  2. Warga Emas juga akan menerima RM100;
  3. Bujang pula hanya akan menerima RM50.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM150 JULAI 2024

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan dalam Mykad pada bulan Julai seperti berikut :

  1. Sila layari laman semakan rasmi di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Klik pada ruangan ‘Nombor MyKad*’.
  3. Kemudian, masukkan nombor Mykad dengan betul mengikut format.
  4. Klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Talian Bantuan : 03 7720 1800 / 03 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “BANTUAN MYKAD RM150 JULAI 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG”

  1. Hi assalamualaikum , saya dari sabah , mau tnya ba , ekasih sya suda lulus , tp knapa saya tidak dpt BANTUAN SARA ataupun bantuan tunai melalui MYKAD ? lama suda lulus tp nama saya tiada dalam senarai BANTUAN SARA .. MOHON PENJELASAN , TERIMA KASIH

    Reply

Leave a Comment