BANTUAN MYKAD RM350 FASA 3 2024 : SEMAK STATUS PENERIMA SEKARANG

BANTUAN MYKAD RM350 FASA 3 2024 : SEMAK STATUS PENERIMA SEKARANG

Tidak semua rakyat Malaysia yang akan menerima manfaat inisiatif bantuan dalam Mykad namun bantuan akan dimasukkan ke dalam MyKad rakyat yang benar-benar layak. Bagi bantuan berjumlah RM350 adalah khusus untuk penerima dari kategori bujang.

Bagaimanakah semak status penerima bantuan mykad rm350 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN MYSARA RM700 FASA 3 : SEMAK STATUS SEKARANG

MANFAAT BANTUAN MYKAD FASA 3 2024

Antara manfaat-manfaat bantuan dalam Mykad adalah :

  • Dapat memudahkan penerima untuk menerima dan menggunakan bantuan;
  • MyKad boleh digunakan untuk membayar barangan keperluan asas;
  • Lebih 600 kedai terpilih yang menerima bayaran menggunakan MyKad;
  • Had pembelian sehingga RM600 setahun;
  • Baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya.

TARIKH DAN TEMPOH PENGGUNAAN BANTUAN MYKAD FASA 3 2024

Berikut merupakan tarikh penyaluran dan tempoh penggunaan bantuan dalam MyKad bagi fasa ketiga (3) :

TARIKH PENERIMAAN
FASA 3
TEMPOH PENGGUNAAN
01/08/2024 & 12/08/2024Sehingga 31/12/2024

SENARAI KEDAI TERPILIH BANTUAN MYKAD 2024

Lebih 600 kedai yang terpilih boleh menggunakan bantuan MyKad, antaranya ialah :

  • Mydin.
  • Giant.
  • Econsave.
  • The Store.
  • Pacific.
  • Milimewa.
  • TF Mart.
  • 99 Speedmart.
  • Lotus Stores (Tesco).
  • Lulu Supermarket.
  • Serta pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD RM350 FASA 3 2024

Ikuti cara semakan status penerima bantuan MyKad bagi fasa tiga (3) seperti berikut :

  1. Sila layari pautan rasmi di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama rasmi akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [SEMAK STATUS].
  4. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  5. Isikan ruangan [Nombor MyKad*] tanpa – (contoh : 450125117628).
  6. Klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  7. Status penerima fasa 3 akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment