BANTUAN MYKAD RM50 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK PENERIMA SEKARANG

BANTUAN MYKAD RM50 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK PENERIMA SEKARANG

Golongan dewasa di Malaysia yang berpasangan mahupun bujang pastinya terkesan dengan peningkatan ekonomi yang tiada kepastian. Oleh itu, kerajaan memperuntukan bantuan untuk disalurkan setiap bulan melalui pengkreditan ke dalam Mykad.

Bagaimanakah semakan penerima bantuan mykad rm50 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN DALAM MYKAD RM450 SETIAP BULAN UNTUK BELI BARANG DAPUR : SEMAK STATUS DAN DAFTAR SEKARANG

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD 2024

Pengkreditan bantuan ke dalam MyKad penerima adalah mengikut tarikh yang ditetapkan setiap negeri seperti berikut :

NEGERI PENERIMATARIKH PENGKREDITAN
Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya,
Negeri Sembilan, Kedah, Pulau
Pinang, Kelantan dan Terengganu
Bermula : 22 Januari 2024
Hingga : 1 Disember 2024
(Setiap bulan 1hb)
Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan
Johor
Bermula : 29 Januari 2024
Hingga : 1 Disember 2024
(Setiap bulan 1hb)

JUMLAH KREDIT BANTUAN MYKAD SETIAP BULAN 2024

Kerajaan akan mengkreditkan bantuan ke dalam Mykad penerima berjumlah RM50 setiap bulan selama tempoh 12 bulan sehingga menjadikan jumlah keseluruhan bantuan adalah sebanyak RM600. Oleh kerana baki yang tidak digunakan pada bulan terdahulu akan dibawa ke bulan seterusnya.

TEMPOH SAH GUNA BANTUAN MYKAD 2024

Penerima hanya dibenarkan menggunakan bantuan dalam Mykad sehingga tempoh yang ditetapkan seperti berikut :

PERKARATARIKH
Boleh Mula Digunakan22 & 29 Januari 2024
Perlu Guna Sebelum31 Disember 2024

SEMAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM50 SETIAP BULAN 2024

Ikuti cara semakan penerima bantuan MyKad RM50 setiap bulan seperti berikut :

  1. Sila layari pautan semakan rasmi di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Pada halaman semakan, sila klik pada ruangan ‘Nombor MyKad*’.
  3. Kemudian, masukkan nombor Mykad (kad pengenalan) dengan betul.
  4. Klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan : 03 7720 1800 / 03 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment