BANTUAN MYKASIH BULAN MEI 2025 : 14 KATEGORI BARANGAN YANG BOLEH DIBELI
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau Bantuan MyKasih untuk bulan Mei 2025 akan diteruskan sebagai bantuan yang bersasar kepada isi rumah berpendapatan rendah. Bantuan ini tidak disalurkan dalam bentuk tunai, tetapi sebaliknya akan dikreditkan secara langsung ke dalam MyKad penerima dan hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di pasar raya yang telah berdaftar.
Dalam artikel ini, pembaca boleh menyemak maklumat terkini berkaitan status bayaran SARA bagi bulan Mei 2025, cara untuk melakukan semakan melalui portal MyKasih, serta tambahan kategori barangan yang boleh dibeli.
Baca Juga : Semakan Bantuan JKM Online 2025
Syarat Kelayakan Bantuan MyKasih 2025
Kelayakan untuk SARA 2025 adalah terhad kepada :
- Penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih
- Warganegara Malaysia
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dalam kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh semakan berkala.
- SARA untuk Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025
- Kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dalam kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan
Kategori & Jumlah Bantuan MYkasih 2025
Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA 2025 akan menerima jumlah bantuan MyKasih / Sumbangan Asas Rahmah seperti berikut :
- Kategori Penerima STR & eKasih
- Isi Rumah : RM2100
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM1650
- Bujang : RM600
- Kategori Penerima STR sahaja
- Isi Rumah : RM900
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM450

Tarikh Bayaran Bantuan MyKasih Mei 2025
- Tarikh bayaran akan bermula pada : 1 Mei 2025
- Kaedah Agihan : Kredit bulanan ke dalam mykad.
Cara Semakan Status Bantuan MyKasih
Untuk mengetahui status kelayakan dan bayaran, ikuti langkah berikut :
- Layari laman web rasmi : https://www.mykasih.com.my/
- Klik pada pautan “Semakan Kelayakan“
- Masukkan nombor MyKad (IC) anda
- Klik “Semakan Status“
- Jika anda tersenarai sebagai penerima, status akan memaparkan
- Kelayakan Sara
- Baki semasa Sara
Senarai Barang MyKasih 2025
Berikut 14 kategori produk barangan keperluan asas yang boleh dibeli meggunakan bantuan Mykad :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
- Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
- Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
- Produk kebersihan rumah : Sabun / Serbuk pencuci pakaian, pinggan mangkuk dan lantai

Penutup
Bantuan MyKasih bulan Mei 2025 merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat. Pastikan anda menyemak status di portal rasmi dan manfaatkan bantuan ini sebaik mungkin.
Maklumat Lanjut
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Hotline : (603)-7720 1800
- Emel : [email protected]
Info
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.