BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU RM1200 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG
Penambahbaikan pelaksanaan bantuan MyKasih yang terbaru berjumlah sehingga RM1,200 adalah untuk membantu memenuhi keperluan rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup terutamanya yang berkeluarga dan mempunyai tanggungan.
Bagaimanakah semak nama penerima bantuan mykasih dalam mykad terbaru rm1200? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU RM600 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG
SENARAI NEGERI TERLIBAT BANTUAN MYKASIH TERBARU RM1200 2024
Berikut merupakan senarai negeri-negeri yang terlibat dalam penyaluran bantuan MyKasih yang terbaru :
- Selangor;
- Kuala Lumpur;
- Putrajaya;
- Melaka;
- Negeri Sembilan;
- Johor;
- Pahang;
- Kelantan;
- Terengganu;
- Perak;
- Perlis;
- Pulau Pinang;
- Kedah;
- Sabah;
- Sarawak; dan
- Labuan.
CARA PELAKSANAAN BANTUAN MYKASIH TERBARU RM1200 2024
Pelaksanaan terbaru Bantuan MyKasih yang berjumlah RM1,200 adalah mengikut cara yang berlainan di setiap negeri penerima seperti berikut :
- Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia :
- Dilaksanakan secara ansur tanpa tunai setiap bulan melalui pengkreditan ke dalam MyKad penerima.
- Sabah, Sarawak dan Labuan :
- Dilaksanakan secara ansur dua (2) kali setahun melalui pengkreditan tunai ke dalam akaun bank penerima.
TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN MYKASIH TERBARU RM1200 2024
Tarikh pelaksanaan terbaru adalah berbeza untuk setiap negeri, iaitu pada :
NEGERI PENERIMA | TARIKH PELAKSANAAN TERBARU |
---|---|
Semenanjung Malaysia | 1 Ogos 2024 (Khamis) |
Sabah, Sarawak dan Labuan | 12 Ogos 2024 (Isnin) |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU RM1200 2024
Ikuti cara semakan nama penerima bantuan MyKasih yang terbaru seperti berikut :
PAUTAN PORTAL RASMI MYKASIH |
---|
https://mykasih.com.my/ |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
- Pada halaman utama Portal, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima terbaru akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Pertanyaan MyKasih : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Hotline MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.