BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU RM300 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG
Mojoriti penerima bantuan MyKasih adalah rakyat yang tidak mempunyai pendapatan yang tetap atau berpendapatan rendah di bawah garis kemiskinan. Namun, jumlah bantuan adalah berlainan untuk setiap kategori penerima.
Bagaimanakah semak nama penerima bantuan mykasih dalam mykad terbaru rm300? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN MYSTR RM1800 TERBARU : CHECK SEKARANG
TARIKH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH TERBARU RM300 2024
Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan tarikh penyaluran bantuan MyKasih yang terbaru iaitu pada 12 Ogos 2024 (Isnin). Namun, penyaluran adalah secara berperingkat kepada penerima mengikut kelayakan.
CARA PENYALURAN BANTUAN MYKASIH TERBARU RM300 2024
Penyaluran bantuan MyKasih yang terbaru berjumlah RM300 adalah melalui dua (2) cara, iaitu :
BIL. | JENIS PENERIMA | CARA PENYALURAN BANTUAN |
---|---|---|
1. | Ada akaun bank | Disalurkan terus ke dalam akaun bank yang didaftarkan. |
2. | Tiada akaun bank | Disalurkan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH TERBARU RM300 2024
Bantuan MyKasih yang terbaru bernilai RM300 adalah terhad kepada :
- Warganegara Malaysia;
- Menetap atau beralamat di Sabah / Sarawak atau Labuan;
- Bujang / Ibubapa tunggal (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 tahun;
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 kategori Bujang;
- Tersenarai dalam data e-Kasih sebagai penerima Miskin.
SEMAK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU RM300 2024
Ikuti cara semak nama penerima bantuan MyKasih yang terbaru seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Pertanyaan MyKasih : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.