BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU RM450 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU RM450 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

Satu langkah bagi mengangkat taraf ekonomi rakyat terutamanya golongan rentan yang mudah terjejas adalah dengan menyalurkan bermacam jenis bantuan termasuk program bantuan Mykasih yang disasarkan secara berperingkat sebagai bantuan tambahan yang terbaru.

Bagaimanakah semak kelayakan bantuan mykasih dalam mykad terbaru rm450? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : TERKINI PERMOHONAN BARU BANTUAN BINGKAS SELANGOR RM300 SETIAP BULAN TELAH DIBUKA : DAFTAR DAN SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU 2024

Pembayaran bantuan Mykasih kepada penerima adalah secara berperingkat sepanjang tahun dan tarikh terbaru yang dibayar kepada penerima adalah bermula 1 Julai 2024 (Isnin). Namun, setiap penerima akan menerimanya secara beperingkat.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU 2024

Jumlah yang diterima dalam Mykad oleh penerima adalah berbeza setiap kategori iaitu bagi kategori isi rumah berkeluarga atau tunggal akan menerima RM100, bagi kategori warga emas juga akan menerima RM100 dan untuk kategori bujang pula akan menerima RM50 sahaja.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN MYKASIH RM450 2024

Di bawah program MyKasih, bantuan akan dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad mengikut jumlah yang ditetapkan setiap penerima. Namun, bantuan tambahan sebanyak RM300 akan dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam aplikasi e-Dompet.

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU RM450 2024

Ikuti cara semakan kelayakan bantuan MyKasih dalam Mykad yang terbaru seperti berikut :

  • Panduan Semakan Bantuan MyKasih :
  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.
  • Panduan Semakan Bantuan Tambahan (RM300) :
  1. Sila layari laman semakan rasmi di sini : https://www.bingkasselangor.com/log-masuk#.
  2. Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
  3. Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  5. Klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/ & https://www.bingkasselangor.com/#pengenalan.

Leave a Comment