BANTUAN MYKASIH MEI 2025 : SEMAKAN STATUS BAYARAN DAN INFO TERKINI
Program MyKasih atau Sumbangan Asas Rahmah SARA akan diteruskan pada bulan Mei 2025 untuk membantu meringankan beban golongan B40. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi maklumat terkini mengenai tarikh bayaran, cara semakan status, jumlah bantuan yang diberikan, serta cara menggunakannya.
Baca Juga : Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 (Semakan Status Dan Jadual Bayaran)
Syarat Kelayakan SARA 2025
Untuk layak menerima SARA 2025, syarat-syaratnya adalah seperti berikut :
- Penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih
- Warganegara Malaysia
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dalam kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh semakan berkala.
- SARA untuk Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025
- Kelayakan bagi kategori ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dalam kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan
Tarikh Bayaran Bantuan MyKasih Mei 2025
- Tarikh bayaran akan bermula pada : 1 Mei 2025
- Kaedah Agihan: Kredit bulanan ke dalam mykad
Cara Semakan Status Bantuan MyKasih
Untuk mengetahui status kelayakan dan bayaran, ikuti langkah berikut :
- Layari laman web rasmi : https://www.mykasih.com.my/
- Klik pada pautan “Semakan Kelayakan“
- Masukkan nombor MyKad (IC) anda
- Klik “Semakan Status“
- Jika anda tersenarai sebagai penerima, status akan memaparkan :
- Kelayakan Sara
- Baki semasa Sara
Panduan Menggunakan Bantuan MyKasih
Kaedah menggunakan bantuan Mykad untuk pembelian adalah seperti berikut :
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima boleh memilih barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label Mykasih di rak tanda harga.
- Tunjuk Mykad Untuk Pengesahan
- Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
- Tukar Nombor Pin
- Penerima bantuan perlu menukar no pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada no pin yang baharu
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan no pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian
Senarai Barang MyKasih 2025
Berikut 13 kategori produk barangan keperluan asas yang boleh dibeli meggunakan bantuan Mykad :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
- Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
- Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.

Penutup
Bantuan MyKasih Mei 2025 merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat. Pastikan anda menyemak status di portal rasmi dan manfaatkan bantuan ini sebaik mungkin.
Maklumat Lanjut
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Hotline : (603)-7720 1800
- Emel : [email protected]
Info
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.