BANTUAN MYKASIH RM300 2025 – SEMAKAN STATUS TERKINI PENERIMA
Pada tahun 2025, sejumlah penerima STR layak untuk menerima bantuan MyKasih yang berjumlah sehingga RM300. Bantuan ini bertujuan untuk memudahkan pembelian barangan asas seperti beras, minyak, telur, dan barang dapur tanpa memerlukan penggunaan wang tunai, hanya dengan menggunakan MyKad.
Artikel ini bertujuan untuk memberikan pemahaman mengenai jumlah bantuan, cara semakan status, senarai barangan yang boleh dibeli, cara menggunakan bantuan MyKasih, serta cara menyemak baki bantuan dengan mudah dan tepat.
Baca Juga : Bantuan SYUKUR Sabah 2025
Jumlah Bantuan MyKasih RM300 2025
Berikut jumlah/kadar bantuan MyKasih 2025 :
Kategori Penerima | Jumlah Bantuan Bulanan | Jumlah Bantuan Tahunan |
---|---|---|
Isi Rumah (STR & eKasih) | RM200 | RM2,400 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) | RN150 | RM1,800 |
Bujang (STR & eKasih) | RM50 | RM600 |
Isi Rumah (STR sahaja) | RM100 | RM1,200 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) | RM50 | RM600 |
Semakan Status Penerima Bantuan MyKasih 2025
Anda boleh menyemak status kelayakan penerima MyKasih 2025 melalui dua (2) kaedah dalam talian berikut :
- Semakan Status Di Portal MyKasih :
- Layari Portal Rasmi MyKasih :https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipaparkan: [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
- Semakan Status Di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, masukkan kata kunci keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima dan maklumat bayaran akan dipaparkan: [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
Senarai Terkini Barangan MyKasih 2025
Bantuan MyKasih hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas. Berikut senarai lengkap barangan yang boleh dibeli :
- Beras : (contoh: Jasmine, Faiza, Cap Rambutan, Super5)
- Roti : (Gardenia, Massimo, Mighty White)
- Telur : (CP, NutriPlus, QL Eggs)
- Minyak Masak : (Saji, Alif, Buruh, Vesawit, Daisy, Knife, Seri Murni)
- Tepung : (Cap Sauh, Lili, Blue Key, Cap Ros, Faiza)
- Biskut : (Munchy’s, Julie’s, Tiger, Chips More, Hwa Tai, Jacob, KERK)
- Mi Segera : (Maggi, Mamee, Indomie, Cintan)
- Minuman : (Milo, Dutch Lady, Boh, Nescafe, Horlicks, F&N, Vico, Fernleaf)
- Makanan Dalam Tin : (Sardin, sardin Ayam Brand, TC Boy, Kimball, Yeo’s, King Cup)
- Bahan Perasa : (kicap, sos, rempah seperti Puteri, Maggi, Jalen, Planta)
- Produk Kebersihan Diri : (Colgate, Dettol, Kotex, sabun mandi, syampu)
- Ubat-Ubatan OTC : (Panadol, Prospan, Hurix’s, Sterimar, Difflam)
- Barangan Persekolahan : (Faber‑Castell, Staedtler, Stabilo, Bata)
- Barangan Kebersihan Rumah : (sabun pencuci pakaian, pencuci pinggan, pencuci lantai)

Cara Guna Bantuan MyKasih di Pasar Raya
- Bawa MyKad ke pasar raya terlibat seperti Mydin, Lotus’s, Econsave atau kedai terpilih.
- Pilih barangan asas mengikut senarai barangan MyKasih.
- Semasa pembayaran, maklumkan kepada juruwang bahawa anda ingin menggunakan bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas MyKad anda untuk pembayaran menggunakan baki bantuan.
- Jika pembelian melebihi baki, anda perlu membayar selebihnya menggunakan wang tunai atau e-wallet.
Cara Semak Baki Bantuan MyKasih 2025
Semakan baki bantuan MyKasih boleh dilakukan melalui kaedah berikut :
- Melalui Portal MyKasih
- Layari https://www.mykasih.com.my/
- Pilih “Semakan Status” dan masukkan nombor MyKad.
- Paparan akan menunjukkan baki semasa anda.
- Melalui Kaunter Pasar Raya
- Minta juruwang untuk menyemak baki sebelum membeli barang.
- Slip baki akan diberikan untuk rujukan anda.
- Melalui Aplikasi MyKasih
- Muat turun aplikasi MyKasih dari Play Store / App Store.
- Daftar dan log masuk menggunakan nombor MyKad.
- Semak baki bantuan dengan mudah di paparan utama.
Rujukan
Segala maklumat dalam artikel ini dirujuk daripada sumber rasmi Portal MyKasih dan pengumuman terkini kerajaan mengenai program SARA MyKasih 2025 bagi memastikan ketepatan maklumat yang disampaikan kepada pembaca. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai bantuan MyKasih, sila hubungi MyKasih Foundation di talian 03-7720 1800 atau layari portal rasmi.