BANTUAN MYKASIH RM600 TERBARU 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG
Tujuan program bantuan Mykasih masih diteruskan adalah untuk membantu lebih ramai rakyat yang kurang kemampuan dan memerlukan terutamanya yang berpendapatan rendah yang merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan juga bujang.
Bagaimanakah semak nama penerima bantuan mykasih rm600 terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN TUNAI SARA HIDUP BULANAN RM450 TERBARU : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG
TARIKH KREDIT BANTUAN MYKASIH RM600 TERBARU
Tarikh pengkreditan bantuan MyKasih yang terbaru adalah pada :
NEGERI PENERIMA | TARIKH KREDIT |
---|---|
Semenanjung Malaysia | 1 Ogos 2024 |
Sabah, Sarawak & Labuan | 12 Ogos 2024 |
SENARAI KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYKASIH TERBARU 2024
Terdapat tiga (3) kategori penerima bantuan Mykasih, iaitu :
- Isi Rumah :
- Berpasangan / ibubapa tunggal (mempunyai anak;
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan.
- Warga Emas :
- Tiada pasangan dan tanggungan;
- Berumur 60 tahun dan ke atas.
- Bujang :
- Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 tahun.
KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN MYKASIH RM600 2024
Pelaksanaan bantuan Mykasih adalah seperti kaedah berikut :
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PELAKSANAAN |
---|---|
Sabah, Sarawak & Labuan | Secara tunai terus ke dalam akaun bank penerima atau Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
KADAR AMAUN BANTUAN MYKASIH TERBARU 2024
Setiap penerima akan menerima kadar amaun yang berbeza megikut kategori seperti berikut :
- Isi Rumah : RM600.
- Warga Emas : RM600.
- Bujang : RM300.
SEMAK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM600 TERBARU 2024
Ikuti cara semak nama penerima bantuan MyKasih yang terbaru seperti berikut :
- Sila layari laman sesawang rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel: [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.