BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD RM1000 TERBARU 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD RM1000 TERBARU 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Kadar peruntukan untuk penyaluran Bantuan MySara ke dalam MyKad penerima adalah meningkat sebanyak RM700 juta khusus diberikan kepada 700,000 ribu penerima yang layak merangkumi golongan isi rumah dan juga bujang.

Bagaimanakah check status bantuan mysara dalam mykad rm1000 terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN TAMBAHAN MYSTR RM600 TERBARU : CHECK PENERIMA SEKARANG

APA ITU BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD 2024

Bantuan MySara Dalam MyKad adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat untuk menghadapi isu peningkatkan kos sara hidup yang tiada kepastian dan bantuan tunai akan dimasukkan ke dalam MyKad penerima.

BILAKAH BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD RM1000 2024 DIMASUKKAN

Setiap bulan Bantuan MySara dimasukkan ke dalam MyKad penerima yang layak bermula pada 22 dan 29 Januari 2024 (mengikut negeri penerima Januari – Oktober) dan sehingga pada 1 Oktober 2024 ini berjumlah sehingga RM1,000.

SIAPAKAH BOLEH MENGGUNAKAN BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD RM1000 2024

Hanya pemegang MyKad yang layak menerima Bantuan MySara sahaja boleh menggunakan bantuan dalam MyKad di mana-mana 600 kedai terpilih. Ini kerana, hanya penerima sahaja yang mengetahui 6-digit nombor PIN MyKad yang telah ditetapkan.

SEHINGGA BILAKAH BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD RM1000 BOLEH DIGUNAKAN

Sekiranya penerima masih belum menggunakan Bantuan MySara dalam MyKad pada bulan ini, baki bantuan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan penerima perlu menggunakannya sebelum tarikh akhir iaitu pada 31 Disember 2024.

BAGAIMANAKAH CHECK STATUS BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD RM1000 TERBARU 2024

Untuk mengetahui status penerima Bantuan MySara Dalam MyKad yang terbaru, ikuti cara check status seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi ‘Check Status MySara’ di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Bahagian ‘Check Status MySara’ akan dipaparkan.
  3. Masukkan Nombor MyKad dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima terbaru akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di talian : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

3 thoughts on “BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD RM1000 TERBARU 2024 : CHECK STATUS SEKARANG”

Leave a Comment