BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD RM1800 TERBARU 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Selain daripada pengkreditan tunai, Bantuan MySara juga dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima. Walaupun dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad, ia juga boleh digunakan untuk membeli barang keperluan sama seperti kad bank namun tidak boleh dikeluarkan secara tunai.
Bagaimanakah check status bantuan mysara dalam mykad rm1800 terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN TAMBAHAN MYSTR RM900 TERBARU : CHECK NAMA PENERIMA SEKARANG
APA ITU BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD TERBARU 2024
Bantuan MySara dalam Mykad adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan tanpa tunai yang terbaru daripada Kerajaan Madani untuk menampung kos perbelanjaan rakyat sepanjang tahun dengan kadar peruntukan sebanyak RM700 juta.
Peruntukan yang didapatkan ini adalah merupakan hasil daripada penjimatan subsidi oleh kerajaan yang disasarkan semula khusus disalurkan kepada golongan yang paling terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.
BAGAIMANAKAH CARA MENGGUNAKAN BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD TERBARU 2024
Apabila penerima telah disahkan layak, bantuan akan dikreditkan ke dalam MyKad secara automatik dan penerima boleh menggunakannya dengan cara seperti berikut :
- Kunjungi kedai atau pasaraya yang terdekat;
- Pilih barangan yang ingin dibeli (contoh : barang dapur, kelengkapan mandian dan sebagainya).
- Di kaunter bayaran, tunjukkan ‘MyKad’ kepada juruwang;
- Juruwang akan mengimbas kod barangan yang dipilih;
- Masukkan 6-digit PIN MyKad untuk pengesahan bayaran;
- Pembayaran akan disahkan.
DIMANAKAH BOLEH MENGGUNAKAN BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD TERBARU 2024
Penerima yang disahkan layak boleh menggunakan bantuan dalam Mykad di mana-mana 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.
APAKAH BOLEH DIBELI DENGAN BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD TERBARU 2024
Penerima boleh membuat pembelian barangan berikut dengan menggunakan Bantuan MySara dalam MyKad :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutandan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies, Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
- Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
- Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
BERAPAKAH HAD PENGGUNAAN BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD TERBARU 2024
Had penggunaan Bantuan MySara dalam MyKad adalah mengikut kategori setiap penerima seperti berikut :
- Isi Rumah hanya boleh menggunakan Bantuan MySara sebanyak RM1,200;
- Warga Emas juga hanya boleh menggunakan Bantuan MySara sebanyak RM1,200; dan
- Bujang pula hanya boleh menggunakan Bantuan MySara sebanyak RM600 sahaja.
*Nota : Penggunaan Bantuan MySara dalam MyKad adalah sehingga sebelum pada 31 Disember 2024 sahaja.
CHECK STATUS BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD RM1800 TERBARU 2024
Ikuti cara check status Bantuan MySara dalam MyKad yang terbaru seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi MySara Di Sini.
- Halaman utama MySara akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [CHECK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySara. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
tulis kata 1800..chek2 tengok bukan 1800..3000 rupa nya