BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD TERBARU RM150 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG
Bantuan MySARA adalah sebuah bantuan tambahan daripada hasil penjimatan subsidi yang khusus untuk golongan yang berpendapatan rendah disalurkan menerusi MyKad penerima secara berperingkat sebulan sekali selama tempoh setahun.
Bagaimanakah semak nama penerima bantuan MySARA dalam MyKad terbaru RM150? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 JULAI : SEMAK STATUS SEKARANG
JUMLAH PENERIMA BANTUAN MYSARA TERBARU 2024
Jika sebelum ini hanya terhad kepada 0.2 juta penerima sahaja, namum kini kerajaan telah meluaskan kepada lebih ramai penerima iaitu pertambahan seramai 0.5 juta bagi tahun ini. Menjadikan jumlah keseluruhan penerima bantuan MySARA yang terbaru adalah seramai 0.7 juta.
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD TERBARU 2024
Pembayaran bantuan MySARA ke dalam MyKad penerima yang terbaru adalah pada :
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD TERBARU |
---|
Bermula pada 1 Julai 2024 (Isnin) |
KADAR BAYARAN SETIAP PENERIMA BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD TERBARU 2024
Setiap penerima akan menerima kadar bayaran terbaru yang berbeza dalam MyKad seperti berikut :
- Isi Rumah :
KELAYAKAN PENERIMA | KADAR BAYARAN |
---|---|
Berpasangan | RM100 |
Ibubapa tunggal | RM100 |
- Bujang :
KELAYAKAN PENERIMA | KADAR BAYARAN |
---|---|
Umur 21 hingga 59 tahun | RM50 |
Umur 60 tahun ke atas | RM100 |
SEMAKAN BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD TERBARU RM150 2024
Ikuti cara semakan penerima bantuan MySARA dalam MyKad terbaru seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi semakan MySARA di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila hubungi pihak berwajib di bawah :
- Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.