BANTUAN MYSARA RM700 FASA 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

BANTUAN MYSARA RM700 FASA 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan bahawa pemberian bantuan MySara bagi fasa yang ke tiga (3) telah diproses pada bulan Ogos ini dengan kaedah penyaluran tunai dan tanpa tunai mengikut kelayakan penerima di seluruh Malaysia.

Bagaimanakah semak status bantuan mysara rm700 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN TAMBAHAN STR RM150 FASA 3 : SEMAK STATUS SEKARANG

JADUAL PROSES PENYALURAN BANTUAN MYSARA FASA 3 2024

Berikut merupakan jadual proses penyaluran bantuan MySara fasa ke-3 bagi setiap negeri :

NEGERI PENERIMAPROSES PENYALURAN
Selangor, Kuala Lumpur, Pahang,
Terengganu, Kelantan, Kedah,
Pulau Pinang, Perak, Perlis,
Melaka, Negeri Sembilan, Johor
Penyaluran secara ansur
berperingkat setiap bulan
selama tempoh 12 bulan
Labuan, Sabah dan SarawakPenyaluran secara ansur
dua (2) kali setahun

TARIKH PENYALURAN BANTUAN MYSARA FASA 3 2024

Penyaluran bantuan MySara bagi fasa yang ke-3 bagi penerima di negeri-negeri Semenanjung adalah bermula 1 Ogos 2024 (Khamis) dan penyaluran bagi penerima di negeri Labuan, Sabah dan Sarawak adalah bermula pada 12 Ogos 2024 (Isnin).

KADAR PENYALURAN BANTUAN MYSARA FASA 3 2024

Bagi penerima yang berdaftar di Semenanjung Malaysia akan menerima bantuan MySara berjumlah RM100 setiap bulan, manakala bagi penerima yang berdaftar di Sabah dan Sarawak pula akan menerima bantuan MySara sebanyak RM600.

SENARAI KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYSARA RM700 2024

Bantuan MySara yang berjumlah sehingga RM700 adalah terhad diberikan kepada kategori berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH PENERIMA
Isi Rumah Miskin Tegar210,000
Isi Rumah Miskin500,000

SEMAK STATUS BANTUAN MYSARA RM700 FASA 3 2024

Ikuti cara semakan status bantuan MySara seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Laman Rasmi Semak Status
Bantuan MySara
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  1. Sila klik pada pautan laman rasmi di atas.
  2. Anda akan dipaparkan ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Kemudian, klik pada ruangan [Nombor MyKad*].
  4. Isikan ruangan tersebut dengan nombor kad pengenalan anda.
  5. Seterusnya, klik butang [Semakan Status].
  6. Status penerima fasa 3 akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment