BANTUAN RAKYAT B40 2024 : CHECK SEKARANG

BANTUAN RAKYAT B40 2024 : CHECK SEKARANG

Terdapat pelbagai bentuk bantuan yang disenaraikan oleh Kerajaan dalam belanjawan 2024 untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah dalam golongan B40. Hal ini demikian kerana, Kerajaan prihatin terhadap isu kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi yang akan menjejaskan golongan B40.

Bagaimanakah check bantuan rakyat b40? Ikuti info selanjutnya di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN E KASIH RM1200 : CHECK SEKARANG

SENARAI BANTUAN RAKYAT B40 2024

Berikut merupakan senarai bantuan-bantuan yang bakal dilaksanakan untuk rakyat B40 seperti di bawah :

BIL.SENARAI BANTUAN B40
1.Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
2.Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
3.Skim Perubatan Madani (SPM)
4.Program MyLesen (Lesen Memandu Percuma)
5.Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
6.Program Rebat Elektrik
7.Program Jualan Rahmah
8.Bantuan Helmet Percuma

NILAI BANTUAN RAKYAT B40 2024

Berikut merupakan nilai/jumlah bantuan yang diperuntukan kepada rakyat B40 seperti di bawah :

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
    • Pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah secara berperingkat dan berfasa. Berikut merupakan jumlah keseluruhan bantuan mengikut kategori penerima yang telah ditetapkan :
KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH BANTUANJUMLAH
PENERIMA
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
-RM1,000 (0 anak).
-RM1,500 (1-2 anak).
-RM2,000 (3-4 anak).
-RM2,500 (5 ke atas).
3.1j
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
-RM500 (0 anak).
-RM750 (1-2 anak).
-RM1,000 (3-4 anak).
-RM1,250 (5 ke atas).
1.0j
Warga Emas tiada pasanganRM6001.3j
Bujang Pendapatan
RM2,500 ke bawah
RM3503.3j
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
    • Mulai tahun 2024, semua penerima STR akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Pemberian bantuan SARA adalah setiap bulan. Berikut merupakan jumlah bantuan mengikut kategori yang ditetapkan :

KATEGORI SARA
KADAR
BANTUAN
BIL.
PENERIMA
STR Miskin TegarRM1,2000.2j
STR MiskinRM1,2000.5j
STR Isi Rumah AsasRM3001.3j
STR Warga Emas & BujangRM1504.3j
  • Skim Perubatan MADANI :
    • B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah Skim Perubatan MADANI.Kelayakan adalah secara automatik melalui penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang seperti berikut :
KATEGORIJUMLAH
BANTUAN
Isi Rumah BerkeluargaRM250
Warga Emas (Tiada Pasangan)RM125
BujangRM75
  • Program MyLesen :
    • Program MyLesen iaitu bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi bagi belia daripada keluarga kurang mampu.
  • Bantuan Awal Persekolahan (BAP) :
    • Bantuan Awal Persekolahan RM150 kepada semua murid sekolah yang berumur 7 tahun hingga 17 tahun.
  • Program Rebat Elektrik :
    • Program Rebat Bil Elektrik sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar.
  • Program Jualan Rahmah :
    • Memperluas Program Jualan Rahmah penawaran barangan keperluan asas pada harga sehingga 30% lebih rendah ke lebih banyak kawasan DUN di seluruh negara.
  • Bantuan Helmet Percuma :
    • Pemberian 100,000 helmet kepada keluarga kurang mampu termasuk agihan percuma untuk kanak-kanak.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Ucapan Belanjawan 2024. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.

Leave a Comment