BANTUAN RM100 SEBULAN (SEMAKAN STATUS SARA 2025 LAYAK ATAU TIDAK)

BANTUAN RM100 SEBULAN (SEMAKAN STATUS SARA 2025 LAYAK ATAU TIDAK)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk bulan Mei 2025 diteruskan sebagai satu inisiatif berterusan oleh Kerajaan Madani untuk membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan barangan keperluan asas.

Dengan kerjasama Yayasan MyKasih, bantuan ini disalurkan secara bukan tunai sebanyak RM100 sebulan, yang akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima. Ini membolehkan mereka menggunakan bantuan tersebut di premis-premis terpilih dan berdaftar.

Bagaimanakah semakan status SARA 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca Juga : Semakan Bantuan JKM Online

SYARAT KELAYAKAN SARA 2025

Kelayakan untuk SARA 2025 adalah seperti berikut :

  1. Penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih
    • Warganegara Malaysia
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dalam kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh semakan berkala.
  2. SARA untuk Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025
    • Kelayakan adalah seperti berikut:
    • Warganegara Malaysia
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dalam kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan

JUMLAH BANTUAN SARA 2025

Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA 2025 akan menerima jumlah bantuan MyKasih / Sumbangan Asas Rahmah seperti berikut :

  • Kategori Penerima STR & eKasih
    • Isi Rumah – RM2100
    • Warga Emas Tiada Pasangan – RM1650
    • Bujang – RM600
  • Kategori Penerima STR sahaja
    • Isi Rumah – RM900
    • Warga Emas Tiada Pasangan – RM450

TARIKH BAYARAN BANTUAN RM100 SEBULAN

  • Tarikh bayaran akan bermula pada : 1 Mei 2025
  • Kaedah Agihan : Kredit bulanan ke dalam MyKad.

CARA SEMAKAN STATUS BANTUAN RM100 SEBULAN

Untuk mengetahui status kelayakan dan bayaran, ikuti langkah berikut :

  • Layari laman web rasmi MyKasih
  • Klik pada pautan “Semakan Kelayakan
  • Masukkan nombor MyKad (IC) anda
  • Klik “Semakan Status
  • Jika anda tersenarai sebagai penerima, status akan memaparkan
    • Kelayakan Sara
    • Baki semasa Sara

SENARAI BARANGAN SARA 2025

Berikut 14 kategori produk barangan keperluan asas yang boleh dibeli meggunakan bantuan Mykad :

  1. Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  2. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  3. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  4. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  5. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  6. Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  7. Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  8. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  9. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  10. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  11. Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
  12. Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
  13. Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
  14. Produk kebersihan rumah : Sabun / Serbuk pencuci pakaian, lantai, pinggang mangkuk

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Hotline : 603-7720 1800
  • Emel : info@mykasih.com.my

INFO

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment