BANTUAN RM100 SETIAP BULAN 2025 : SEMAK PENERIMA SEKARANG

BANTUAN RM100 SETIAP BULAN 2025 : SEMAK PENERIMA SEKARANG

KIR iaitu Ketua Isi Rumah (Suami ataupun Ibu tunggal) akan menerima Bantuan Sara yang berjumlah RM100 setiap bulan pada tahun 2025 di bawah program MyKasih yang merujuk data butiran penerima daripada e-Kasih dan juga STR.

Bagaimanakah semak penerima bantuan rm100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : JUMLAH BANTUAN TUNAI MYSTR BUJANG : SEMAK SEKARANG

APA ITU BANTUAN RM100 SETIAP BULAN 2025

Pemberian bantuan sebanyak RM100 setiap bulan adalah di bawah program MyKasih iaitu Bantuan Sara yang disalurkan untuk membantu meringankan bebanan perbelanjaan keperluan asas rakyat yang berpendapatan rendah dan serdehana.

BILAKAH BANTUAN RM100 SETIAP BULAN DISALURKAN

Penyaluran Bantuan RM100 setiap bulan ini akan bermula pada bulan April 2025 (tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa) dan akan dikemaskini apabilan telah dimaklumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF) nanti.

BAGAIMANAKAH BANTUAN RM100 SETIAP BULAN DISALURKAN

Sama seperti tahun 2024 penerima yang beralamat Semenanjung Malaysia akan menerima elaun bantuan sebanyak RM100 setiap bulan melalui akaun yang dibuka berdasarkan nombor MyKad penerima untuk membeli barang keperluan asas terpilih.

SIAPAKAH LAYAK MENERIMA BANTUAN RM100 SETIAP BULAN

Adalah terhad kepada penerima yang berkelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beralamat di Semenanjung Malaysia;
  • Status berkahwin atau bujang;
  • Pendapatan di bawah RM5,000 sebulan;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025 kategori isi rumah dan warga emas; serta
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

CARA SEMAKAN PENERIMA BANTUAN RM100 SETIAP BULAN

Ikuti cara semakan penerima Bantuan RM100 setiap bulan di pautan MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.

Leave a Comment