BANTUAN RM100 SETIAP BULAN DALAM MYKAD 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA

BANTUAN RM100 SETIAP BULAN DALAM MYKAD 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA

Dana bantuan RM100 disalurkan melalui Mykad penerima membolehkan Kerajaan mengenalpasti penerima yang layak dan penerima dapat menggunakannya bantuan dalam Mykad dengan mudah dan selamat kerana hanya penerima sahaja yang layak menggunakannya.

Bagaimanakah semak nama penerima bantuan rm100 setiap bulan dalam mykad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA MYKASIH RM100 SETIAP BULAN : SEMAK SEKARANG

HAD PERUNTUKAN BANTUAN SETIAP BULAN DALAM MYKAD 2024

Pada tahun 2024 ini, Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM700 juta bantuan untuk dikreditkan ke dalam Mykad 700 ribu penerima yang menetap di Semenanjung Malaysia (kecuali Sabah dan Sarawak) serta memenuhi kelayakan yang ditetapkan.

SENARAI MANFAAT BANTUAN DALAM MYKAD 2024

Berikut merupakan manfaat-manfaat yang diperoleh daripada bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad :

  1. Penerima akan menerimanya secara automatik setiap bulan;
  2. Boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless);
  3. Boleh digunakan pada lebih 600 kedai yang berdaftar;
  4. Had bantuan antara RM50 / RM100 setiap bulan sehingga RM1,200;
  5. Baki pada bulan terdahulu akan dibawa ke bulan seterusnya;
  6. Sah digunakan sehingga tempoh 31 Disember 2024.

TARIKH RASMI PENGKREDITAN BANTUAN RM100 SETIAP BULAN DALAM MYKAD

Setiap bulan Kerajaan akan mengkreditkan bantuan RM100 ke dalam Mykad penerima mengikut tarikh seperti berikut :

BIL.TARIKH KREDIT
1.Januari (22/1/2024 Isnin)
2.Februari (1/2/2024 Khamis)
3.Mac (1/3/2024 Jumaat)
4.April (1/4/2024 Isnin)
5.Mei (1/5/2024 Rabu)
6.Jun (1/6/2024 Sabtu)
7.Julai (1/7/2024 Isnin)
8.Ogos (1/8/2024 Khamis)
9.September (1/9/2024 Ahad)
10.Oktober (1/10/2024 Selasa)
11.November (1/11/2024 Jumaat)
12.Disember (1/12/2024 Ahad)

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM100 SETIAP BULAN DALAM MYKAD 2024

Ikuti cara semakan nama penerima yang layak menerima bantuan RM100 setiap bulan dalam Mykad di bawah berikut :

  1. Untuk semakan, sila klik pada pautan rasmi di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Kemudian, anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status nama penerima yang layak akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Bantuan Dalam Mykad (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan Malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment