BANTUAN RM100 SETIAP BULAN TERBARU UNTUK B40 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
Terbaru, bantuan yang bernilai RM100 setiap bulan khas untuk golongan B40 ini telah mula dilancarkan. Dengan bantuan ini, Kerajaan yakin dapat membantu golongan B40 yang memerlukan untuk menampung perbelanjaan setiap bulan.
Bagaimanakah semak kelayakan bantuan rm100 setiap bulan terbaru untuk b40? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RM600 TERBARU : CHECK SEKARANG
JADUAL BAYARAN BANTUAN RM100 SETIAP BULAN TERBARU 2024
Kerajaan telah menetapkan tarikh terbaru bayaran terbaru bantuan RM100 setiap bulan seperti jadual berikut :
BIL. | TARIKH BAYARAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
1. | 01.06.2024 | RM100 |
2. | 01.07.2024 | RM100 |
3. | 01.08.2024 | RM100 |
4. | 01.09.2024 | RM100 |
5. | 01.10.2024 | RM100 |
6. | 01.11.2024 | RM100 |
7. | 01.12.2024 | RM100 |
PROSEDUR BAYARAN BANTUAN RM100 SETIAP BULAN TERBARU 2024
Bayaran bantuan RM100 setiap bulan kepada B40 adalah mengikut prosedur seperti berikut :
- Pemohon perlu mendaftar dan disahkan lulus oleh Kerajaan;
- Kemudian, akaun untuk simpanan bantuan RM100 setiap bulan akan dibuka berdasarkan ‘Nombor Kad Pengenalan’ pemohon;
- Pemohon akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 melalui Kad Pengenalan;
- Kemudian, pemohon perlu memilih Pasar raya / Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian pembayaran menggunakan Kad Pengenalan;
- Seterusnya, pemohon perlu membeli barang keperluan asas mengikut 13 kategori barangan yang diluluskan.
CARA MENGETAHUI STATUS KELAYAKAN MENERIMA BANTUAN RM100 SETIAP BULAN TERBARU 2024
Pemohon (B40) boleh mengetahui status kelayakan melalui cara berikut :
- Surat Pemakluman :
- Surat pengesahan penerima akan dihantar mengikut alamat yang didaftarkan; atau
- Pesanan Ringkas SMS / Whatsapp :
- Pesanan Ringkas SMS atau melalui aplikasi Whatsapp akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan; atau
- Portal Semakan :
- Sekiranya tiada sebarang pemakluman, pemohon perlu membuat semakan kelayakan di portal rasmi (seperti di bawah).
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN RM100 SETIAP BULAN TERBARU UNTUK B40 2024
Ikuti cara semakan kelayakan penerima bantuan RM100 setiap bulan khas untuk B40 di portal rasmi berikut :
- Sila layari portal rasmi semakan kelayakan DI SINI.
- Anda akan dibawa ke laman semakan di portal rasmi.
- Kemudian, sila masukkan nombor kad pengenalan pemohon pada ruangan ‘No.MyKad’.
- Klik pada butang [SEMAKAN].
- Status kelayakan pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.