BANTUAN RM600 MYKAD 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

BANTUAN RM600 MYKAD 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

Manfaat daripada inisiatif bantuan dalam Mykad dijangka dapat dinikmati oleh golongan B40 dan M40 sepanjang tahun 2024. Bantuan ini akan disalurkan ke dalam Mykad penerima dalam kategori dewasa dan menepati syarat kelayakan sahaja.

Bagaimanakah semak nama penerima bantuan RM600 mykad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN MYKAD RM100 SETIAP BULAN : SEMAK PENERIMA SEKARANG

KAEDAH PELAKSAAN BANTUAN RM600 MYKAD

Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima bantuan ini boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

JADUAL BAYARAN BANTUAN RM600 MYKAD

Kerajaan telah mengeluarkan jadual pembayaran bantuan tunai RM600 ke dalam Mykad penerima seperti berikut :

BIL.TARIKH BAYARANJUMLAH
1.22/01/2024RM50
2.01/02/2024RM50
3.01/03/2024RM50
4.01/04/2024RM50
5.01/05/2024RM50
6.01/06/2024RM50
7.01/07/2024RM50
8.01/08/2024RM50
9.01/09/2024RM50
10.01/10/2024RM50
11.01/11/2024RM50
12.01/12/2024RM50

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM600 MYKAD

Pemberian bantuan tunai RM600 ke dalam Mykad adalah terhad kepada yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Had umur 21 hingga 59 tahun;
  • Status Bujang / Bujang OKU / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak;
  • Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan;
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah; dan
  • Berdaftar dengan eKasih sebagai penerima Miskin.

BANTUAN RM600 MYKAD 2024

Ikuti cara semakan kelayakan penerima bantuan tunai RM600 dalam Mykad seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Semakan Kelayakan Penerima
Bantuan RM600 dalam Mykad
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  1. Sila klik pada pautan rasmi semakan bantuan di atas.
  2. Kemudian, anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status nama penerima yang layak akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan dalam Mykad (Mykasih). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment