BANTUAN SABAH PRIHATIN 4.0 SEMAKAN STATUS : SEMAKAN SECARA ONLINE

BANTUAN SABAH PRIHATIN 4.0 SEMAKAN STATUS : SEMAKAN SECARA ONLINE

Semakan Kelayakan dan Pembayaran Program PSKR Secara Dalam Talian

Individu yang ingin menyemak kelayakan mereka untuk menerima bayaran di bawah Program PSKR kini boleh melakukannya secara dalam talian dengan mudah dan pantas.

Kerajaan Negeri Sabah telah menyediakan kemudahan ini bagi memastikan setiap pemohon mendapat akses kepada maklumat terkini tanpa perlu hadir secara fizikal, sekali gus menjimatkan masa serta tenaga.

Untuk memudahkan proses semakan, pemohon digalakkan merujuk kepada panduan serta maklumat terperinci yang telah disediakan.

Panduan ini merangkumi langkah-langkah yang perlu diikuti serta syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Dengan mengikuti arahan yang diberikan, pemohon dapat memastikan proses semakan berjalan lancar serta memperoleh keputusan yang tepat mengenai status mereka.

BACA JUGA DI SINI : SEMAKAN STATUS BANTUAN SABAH : PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT 2025

APA ITU BANTUAN SABAH PRIHATIN 4.0

Bantuan Sabah Prihatin 4.0 atau PSKR adalah singkatan daripada Program Sentuhan Kasih Rakyat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah khas untuk disalurkan kepada rakyat Sabah yang merupakan golongan miskin dan miskin tegar bertujuan untuk meringankan bebanan kewangan yang dihadapi akibat peningkatan kos sara hidup.

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN SABAH PRIHATIN 4.0

Seramai 100,000 ribu rakyat Sabah yang melepasi status kelayakan telah mula menerima bayaran pertama (1) Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) yang bermula pada Februari 2025,dengan kadar bantuan sebanyak RM900 yang dibayar untuk selama 3 bulan terus dan seterusnya sebanyak RM300 setiap bulan.

FASA PEMBAYARANTARIKH PEMBAYARAN
Satu (Fasa 1)Bermula 19 Februari 2025
Dua (Fasa 2)April – Mei 2025
Tiga (Fasa 3)Ogos – September 2025
Empat (Fasa 4)Bermula Oktober – Disember 2025

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH PRIHATIN 4.0

Pembayaran Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) adalah khas untuk penerima yang memenuhi syarat kelayakan berikut :

  1. Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
  2. Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah berstatus ‘H’.
  3. Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
  4. Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.
  5. E-Kasih : Tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih sebagai penerima miskin dan miskin tegar.
Channel Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini (STR 2025/MyKasih/eKasih/Sara/MyKad dan juga bantuan terkini kerajaan 2025.Khas Bantuan B40 & M40! Join : PORTALPERMOHONAN

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH PRIHATIN 4.0

Status Penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, di Pautan berikut:
  2. Halaman utama Portal Program Sentuhan Kasih Rakyat dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) untuk membuat semakan.
  4. Maklumat Status Penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah.
  5. Selesai.

MANFAAT PROGRRAM KEPADA RAKYAT SABAH

Antara manfaat yang diperoleh daripada pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) adalah :

  1. Meringankan Beban Kewangan
  2. Dengan bantuan RM300 sebulan, penerima dapat menggunakannya untuk keperluan asas seperti makanan dan perbelanjaan harian.
  3. Meningkatkan Taraf Hidup
  4. Bantuan ini dapat membantu keluarga miskin memenuhi keperluan pendidikan dan penjagaan kesihatan anak-anak mereka.
  5. Memberi Harapan Kepada Golongan Miskin
  6. Bantuan kewangan ini bukan sahaja menyokong dari segi kewangan tetapi juga memberikan harapan kepada golongan miskin untuk membina kehidupan yang lebih baik.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan PSKR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/.

8 thoughts on “BANTUAN SABAH PRIHATIN 4.0 SEMAKAN STATUS : SEMAKAN SECARA ONLINE”

  1. Bank BSN bila masuk ..mcm MNA mahu cek duit dah masuk atau belum ada linkkah mahu cek…Kami layak juga tapi sampai hari ni belum di kreditkan….AmBank,Maybank sudah lama masuk…

    Reply
  2. Saya layak tapi sampai sekarang belum masuk lagi, minggu lepas minta no akaun bank, sudah kasih dan masuk sistem sudah tapi belum lagi masuk sampai sekarang

    Reply

Leave a Comment