BANTUAN SARA 2026 – SEMAK BERAPA JUMLAH YANG ANDA LAYAK TERIMA

BANTUAN SARA 2026 – SEMAK BERAPA JUMLAH YANG ANDA LAYAK TERIMA

Kerajaan Malaysia meneruskan Program Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 sebagai usaha meringankan beban hidup rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah. Inisiatif ini bertujuan membantu pembelian barangan keperluan asas secara lebih sistematik dan telus.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH DAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026

Adakah anda termasuk dalam senarai penerima? Berapa jumlah bantuan yang akan anda terima? Mari kita lihat maklumat terkini tentang Bantuan SARA 2026.

APA ITU BANTUAN SARA 2026?

SARA merupakan bantuan kewangan yang diberi kerajaan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) melalui MyKad. Program ini menyasarkan golongan B40, warga emas, dan individu bujang yang layak untuk membeli barangan keperluan asas di kedai yang berdaftar.

APA ITU BANTUAN SARA?

Bantuan ini akan dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima dan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan seperti beras, minyak masak, susu, dan barang keperluan harian lain.

BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA YANG ANDA LAYAK?

Jumlah bantuan SARA 2026 bergantung pada kategori penerima dan kelayakan. Berikut adalah pecahan jumlah bantuan mengikut kategori :

  • Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500)
    • Jumlah Bantuan : RM100 sebulan
    • Jumlah Setahun : RM1,200
    • Keterangan : Isi rumah berpendapatan rendah yang lulus STR 2026 layak menerima bantuan bulanan ini.
  • Isi Rumah Miskin Tegar (Penerima e-Kasih)
    • Jumlah Bantuan : RM200 sebulan
    • Jumlah Setahun : RM2,400
    • Keterangan : Penerima yang berdaftar dalam sistem e-Kasih (miskin tegar) akan menerima bantuan lebih tinggi, iaitu RM200 sebulan.
  • Individu Bujang & Warga Emas (Tiada Pasangan)
    • Jumlah Bantuan : RM50 sebulan
    • Jumlah Setahun : RM600
    • Keterangan : Golongan bujang berpendapatan rendah dan warga emas tanpa pasangan akan menerima bantuan RM50 sebulan.
  • Penghargaan SARA (Semua Dewasa 18 Tahun Ke Atas)
    • Jumlah Bantuan : RM100 (Bayaran sekali sahaja)
    • Keterangan : Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas layak menerima Penghargaan SARA sebanyak RM100 secara one-off. Bantuan ini diberi sebagai bantuan khas menjelang Ramadan dan Tahun Baharu Cina 2026.

Contoh : Keluarga B40 dengan tiga anak yang terdaftar dalam e-Kasih boleh menerima RM200 sebulan dari SARA 2026, atau RM2,400 setahun. Mereka juga layak menerima RM100 Penghargaan SARA pada Februari 2026.

JUMLAH BANTUAN SARA & STR TAHUN 2026
Kadar Bantuan SARA & STR Bagi Tahun 2026

BILA BANTUAN SARA 2026 AKAN DIKREDITKAN?

Bantuan SARA 2026 akan dibayar setiap bulan sepanjang tahun, bermula Januari 2026. Dijangka pembayaran pertama adalah pada awal Januari 2026, dan bantuan akan dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak.

Penghargaan SARA RM100 akan dibayar pada pertengahan Februari 2026, sebagai persediaan untuk Ramadan dan Tahun Baharu Cina. Anda boleh guna bantuan ini untuk membeli barang keperluan asas di kedai runcit dan pasar raya yang berdaftar dengan program SARA.

PENGHARGAAN SARA RM100 FEBRUARI 2026

Nota : Baki kredit yang tidak digunakan dalam bulan tertentu akan dibawa ke bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, kredit SARA akan tamat pada 31 Disember 2026, jadi pastikan anda menggunakannya sebelum tarikh tersebut.

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN SARA 2026

Anda boleh membuat semakan SARA melalui kaedah berikut :

Semakan Melalui Portal Rasmi MyKasih

Portal MyKasih ialah platform utama untuk menyemak status penerima SARA 2026. Semua penerima STR yang memenuhi syarat akan disenaraikan secara automatik di portal ini.

Langkah-langkah semakan :

  1. Lawati laman web MyKasih di pautan ini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  2. Masukkan nombor MyKad (tanpa tanda sempang).
  3. Masukkan kod keselamatan (captcha) yang tertera.
  4. Klik butang “Semak Status”.
  5. Keputusan akan menyatakan :
    • Status kelayakan (“Layak” / “Tidak Layak”)
    • Nama penuh penerima
    • Baki kredit SARA dalam MyKad
    • Tarikh bantuan mula dikreditkan
SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA

Nota : Jika status “Tidak Layak” dipaparkan, tetapi anda ialah penerima STR, pihak MyKasih dan LHDNM akan membuat semakan semula secara automatik.

Semakan Melalui Portal MySTR (LHDNM)

Para penerima juga boleh menyemak SARA melalui portal MySTR, iaitu laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah.

Langkah-langkah semakan :

  • Layari laman web MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Log masuk menggunakan ID MySTR dan kata laluan anda.
  • Pilih menu “Semakan SARA 2026” atau “Status Bantuan Tambahan”.
  • Akan dipaparkan sama ada anda layak menerima SARA atau tidak dan jumlah bantuan (bulanan atau sekali bayar).

Nota : Jika nama anda ada dalam senarai penerima STR 2026, anda layak menerima SARA secara automatik tanpa perlu membuat permohonan.

CARA GUNA BANTUAN SARA

Setelah layak menerima bantuan, MyKad anda akan dikreditkan dengan jumlah bantuan dan ia hanya boleh digunakan di kedai yang berdaftar dengan program SARA. Berikut adalah caranya menggunakannya :

Langkah-langkah membeli barangan :

  • Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategoribarangan yang mempunyai label MyKasih / SARA di rak tanda harga
  • Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    • Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
  • Tukar Nombor Pin
    • Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama Mykad) kepada nombor pin yang baru
  • Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan
  • Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian
  • Simpan Resit untuk Semakan
    • Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian
  • Semakan baki SARA dan senarai kedai berdaftar boleh dilakukan melalui portal rasmi MyKasih
PANDUAN MEMBELI BARANGAN SARA

KESIMPULAN

Bantuan SARA 2026 adalah satu usaha kerajaan Malaysia untuk membantu golongan yang memerlukan, terutama dalam menghadapi kos sara hidup yang tinggi. Dengan memberi bantuan terus melalui MyKad, kerajaan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan secara telus dan sistematik. Jika anda layak, manfaatkan bantuan SARA 2026 ini sebelum tamat tempoh!

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2026

Siapa yang boleh dapat Bantuan SARA 2026?

Mereka yang dapat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 layak terima bantuan ini, termasuk golongan B40, warga emas, orang bujang, dan penerima e-Kasih.

Berapa banyak yang saya akan dapat?

Isi rumah B40 : RM100 setiap bulan
Isi rumah e-Kasih : RM200 setiap bulan
Orang bujang/warga emas : RM50 setiap bulan

Macam mana nak tahu layak atau tidak?

Semak kelayakan anda di portal STR dengan menggunakan MyKad anda.

Bila Bantuan SARA 2026 akan dibayar?

Bayaran bulanan akan bermula pada Januari 2026. Bonus SARA RM100 akan dibayar pada Februari 2026.

Maklumat & Info Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut dan sebarang pertanyaan tentang Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, penerima boleh layari atau hubungi :

  • Talian Hotline MyKasih : 03-7720-1800 (Isnin – Jumaat, 8.30 pagi – 5.30 petang)
  • Laman Web Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my

Leave a Comment