BANTUAN SARA B40 APRIL 2025 (SEMAK NAMA PENERIMA)
SARA ialah inisiatif bantuan bersasar dimana sebahagian peningkatan hasil negara dan penjimatan subsidi diagihkan semula kepada golongan yang memerlukan. Bantuan ini disalurkan melalui MyKad penerima untuk memastikan mereka yang layak mendapat manfaat berupa barangan keperluan asas.
Bagaimanakah cek status sara 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca Juga : PERBEZAAN eKASIH MyKASIH DAN STR
CARA SALURAN BANTUAN SARA 2025
BANTUAN SARA B40 APRIL 2025 (SEMAK NAMA PENERIMA)
Bagi memudahkan kesemua penerima seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, bantuan SARA akan disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui pengkreditan ke dalam akaun kad pengenalan (MyKad) setiap bulan khas untuk pembelian barangan keperluan asas.
KEGUNAAN SARA 2025
Penerima Bantuan SARA boleh membeli barangan keperluan asas seperti berikut :
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak masak
- Tepung
- Biskut
- Mi segera
- Minuman
- Makanan dalam tin
- Bahan perasa
- Produk kebersihan
- Ubat-ubatan
- Barangan persekolahan
*Produk yang terpilih boleh dilihat di kedai atau pasaraya berhampiran yang mempunyai label ‘MyKasih / SARA’ pada rak tanda harga.
CEK STATUS BANTUAN SARA 2025
Penerima bantuan boleh membuat semakan kelayakan serta status pembayaran melalui saluran berikut :
Portal Rasmi STR
- Semakan boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pautan berikut : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
Portal MyKasih
- Sila layari portal rasmi MyKasih atau klik pada pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH SARA 2025 DISALURKAN
Bantuan SARA akan disalurkan sepanjang tahun 2025 mengikut tarikh seperti berikut :
PENERIMA SEDIA ADA | PENERIMA BAHARU |
---|---|
15 Januari 2025 | – |
Februari 2025 | – |
Mac 2025 | – |
April 2025 | April 2025 |
Mei 2025 | Mei 2025 |
Jun 2025 | Jun 2025 |
Julai 2025 | Julai 2025 |
Ogos 2025 | Ogos 2025 |
September 2025 | September 2025 |
Oktober 2025 | Oktober 2025 |
November 2025 | November 2025 |
Disember 2025 | Disember 2025 |
JUMLAH BANTUAN SARA 2025
Berikut merupakan jumlah bantuan SARA 2025 :
- Penerima Miskin dan Miskin Tegar e-Kasih :
- Isi Rumah : RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun;
- Warga Emas : RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun;
- Bujang : RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun.
- Penerima Asas Bukan Miskin STR :
- Isi Rumah : RM100 setiap bulan sehingga RM900 setahun;
- Warga Emas : RM50 setiap bulan sehingga RM450 setahun;
- Bujang : Tiada.
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA : 03 8882 4565/4566
- e mel : [email protected]