BANTUAN SARA DALAM MYKAD (SEMAK RM100 & RM50 LULUS ATAU TIDAK)
Permulaan penyaluran Bantuan MyKasih SARA adalah pada Jun 2023 yang hanya disasarkan kepada 0.2 juta penerima sahaja. Namun pada Januari 2024, Kerajaan telah meluaskan sasaran kepada 0.7 juta penerima dan kini bagi tahun 2025, kerajaan menyasarkan kepada lebih 5.4 juta penerima.
Bilakah MyKasih Sara masuk dan bagaimanakah semak status layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
Baca Juga : DAFTAR eKASIH 2025
APA ITU BANTUAN RM100 MYKAD?
Bantuan RM100 MyKad ialah insentif kewangan yang diberikan kepada penerima bantuan melalui MyKad mereka. Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan, bahan masakan, dan produk harian lain di kedai runcit atau pasar raya terpilih di seluruh negara.Program ini direka untuk memastikan bantuan terus sampai kepada golongan yang memerlukan, tanpa risiko salah guna atau pembaziran. Melalui sistem yang dihubungkan dengan MyKad, penerima dapat menebus bantuan secara mudah dan telus.
KATEGORI PENERIMA BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Bantuan ini ditawarkan kepada tiga kategori penerima utama, iaitu :
- Isi Rumah (Miskin Tegar dan Miskin eKasih)
- Menerima RM100 sebulan bagi bulan Januari hingga Mac 2025.Menerima RM200 sebulan bagi bulan April hingga Disember 2025.
- Jumlah tahunan bantuan: RM2,100.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bagi kategori miskin tegar dan miskin eKasih, bantuan adalah sebanyak RM100 sebulan bagi Januari hingga Mac, dan RM150 sebulan dari April hingga Disember 2025.
- Jumlah tahunan bantuan: RM1,650.
- Bujang (Miskin Tegar dan Miskin eKasih) :
- Menerima RM50 sebulan sepanjang tahun 2025.
- Jumlah tahunan bantuan: RM600.
Selain kategori miskin tegar dan miskin eKasih, bantuan SARA dalam MyKad juga diberikan kepada penerima Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dalam kategori penerima lain di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
Walau bagaimanapun, jumlah bantuan untuk golongan ini berbeza :
- Isi Rumah (Selain Miskin Tegar dan Miskin eKasih)
- RM100 sebulan dari April hingga Disember 2025.
- Warga Emas Tiada Pasangan (Selain Miskin Tegar dan Miskin eKasih)
- RM50 sebulan dari April hingga Disember 2025.
CARA SEMAK KELAYAKAN DAN PEMBAYARAN
Penerima bantuan boleh membuat semakan kelayakan serta status pembayaran melalui saluran berikut :
Portal Rasmi STR
- Semakan boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pautan berikut : https://bantuantunai.hasil.gov.my
Portal MyKasih
- Maklumat lebih terperinci mengenai bantuan, senarai penerima, dan lokasi kedai runcit yang mengambil bahagian boleh didapati melalui portal MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
Talian Hotline MyKasih
- Jika anda memerlukan bantuan lanjut atau menghadapi kesukaran semasa membuat semakan, anda boleh menghubungi talian hotline MyKasih di 03-7720 1800. Waktu operasi adalah dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
CARA PENGGUNAAN BANTUAN SARA
Bantuan ini disalurkan terus ke akaun penerima yang dihubungkan dengan MyKad. Penerima hanya perlu menggunakan MyKad mereka di kedai runcit atau pasar raya yang terlibat untuk membeli barangan keperluan asas.Antara barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan ini adalah :
- Makanan asas : Beras, tepung, minyak masak, telur, roti, biskut, dan mi segera.
- Makanan dalam tin : Sardin, susu pekat, dan makanan lain yang bersesuaian.
- Produk kebersihan : Sabun mandi, ubat gigi, syampu, pencuci pakaian, dan lain-lain.
- Barangan keperluan lain : Ubat-ubatan asas, barangan persekolahan, dan bahan perasa makanan.
Nota penting : Bantuan ini tidak boleh digunakan untuk membeli produk yang tidak disenaraikan sebagai barangan asas.
SENARAI KEDAI DAN PASAR RAYA TERLIBAT
Bantuan RM100 MyKad boleh digunakan di lebih 500 kedai dan pasar raya seluruh negara yang mengambil bahagian dalam program MyKasih. Antara kedai yang terlibat ialah:
- Pasar raya besar seperti Mydin, Giant, Econsave, dan Lotus’s.
- Kedai runcit tempatan yang tersenarai di bawah program MyKasih.
- Untuk senarai lengkap kedai terlibat, sila layari portal MyKasih atau hubungi talian hotline.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD
- Fasa Pertama (Januari-Mac 2025) : Penyaluran RM100 sebulan bermula pada 15 Januari 2025.
- Fasa Kedua (April-Disember 2025) : Kadar bantuan dinaikkan mengikut kategori penerima (contohnya, RM200 bagi kategori isi rumah miskin tegar).
Penerima digalakkan membuat semakan pembayaran secara berkala untuk memastikan tiada masalah teknikal yang menghalang akses kepada bantuan.
KELEBIHAN PROGRAM BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Program ini menawarkan pelbagai manfaat kepada penerima, termasuk :
- Kemudahan Penebusan : Bantuan terus diakses melalui MyKad tanpa perlu tunai fizikal.
- Pembelian Barangan Asas : Memastikan setiap sen digunakan untuk keperluan penting keluarga.
- Ketelusan : Sistem ini mengelakkan penyalahgunaan bantuan, memastikan hanya barang keperluan yang dibeli.
- Penyertaan Kedai Tempatan : Meningkatkan ekonomi kedai runcit tempatan melalui penyertaan dalam program ini.
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Portal STR: htantuantunai.hasil.gov.my
- Portal MyKasih: httww.mykasih.com.my
- Hotline MyKasih: 03-7720 1800