BANTUAN SARA FASA JANUARI 2025 (SEMAK BAYARAN RM1200,RM900,RM600)

BANTUAN SARA FASA JANUARI 2025 (SEMAK BAYARAN RM1200,RM900,RM600)

PENGENALAN

Sehingga kini, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dalam inisiatif menangani isu kemiskinan di Malaysia, termasuklah dengan memperkenalkan sistem eKasih bagi membantu, merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Baca Juga : SEMAK STATUS BANTUAN SKAS (SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK RM800)

APA ITU SARA SUMBANGAN ASAS RAHMAH

BANTUAN SARA FASA JANUARI 2025 (SEMAK BAYARAN RM1200,RM900,RM600)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA), adalah inisiatif di bawah program MyKasih hasil kerjasma dengan kerajaan Malaysia untuk membantu golongan berpendapatan rendah, khususnya mereka yang tersenarai dalam sistem eKasih sebagai Miskin Tegar atau Miskin.

Bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad penerima, membolehkan mereka membeli barangan keperluan asas di kedai-kedai yang berdaftar.

TARIKH BAYARAN SARA 2025

Bantuan SARA 2025 akan diagihkan mengikut tarikh seperti berikut :

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Berstatus Miskin Dan Miskin Tegar eKasihBermula Januari 2025
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (Bukan eKasih)Bermula April 2025

SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

Antara syarat kelayakan permohonan bantuan SARA 2025 yang telah diselaraskan oleh kerajaan ialah :

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA 2025

Semakan bantuan SARA boleh dilakukan melalui dua cara iaitu :

  1. Portal MyKasih
    • Layari : https://www.mykasih.com.my/
    • Klik “Semak Status’
    • Masukkan nombor MyKad (12 Digit) dan kod captcha.
    • Klik ‘Semak Status’ untuk melihat status kelayakan.
  2. Portal MySTR
    • Layari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
    • Masukkan Nombor Mykad
    • Sahkan kata kunci keselamatan dan masukkan kata laluan.
    • klik ‘Semakan Status’ untuk melihat status permohonan dan pembayaran.

JUMLAH DUIT MASUK BANTUAN SARA 2025

Kadar Bantuan Sara 2025 adalah seperti berikut :

  • Kategori Penerima (Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
Isi RumahRM1200
(RM100 Sebulan)
Warga Emas Tiada PasanganRM1200
(RM100 Sebulan)
BujangRM600
(RM50 Sebulan)
  • Kategori Penerima STR (Bukan eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
Isi RumahRM900
(RM100 Sebulan)
Warga Emas Tiada PasanganRM450
(RM50 Sebulan)
Bujang

KAEDAH PENYALURAN DUIT SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2025

Kaedah penyaluran Sumbangan Asas Rahmah bagi Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak adalah seperti berikut :

NEGERIKAEDAH PENYALURAN
Penerima Daripada Semenanjung MalaysiaPengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.
Penerima Daripada Sabah Sarawak Dan W.P. LabuanPengagihan melalui pengkreditan ke akaun bank atau penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.

CONTOH BARANGAN KEPERLUAN ASAS SARA 2025

Berikut contoh barangan asas yang boleh di beli menggunakan bantuan SARA 2025 melalui MyKad di kedai atau pasar raya yang berdaftar :

  • Barangan Makanan
    • Beras
    • Minyak masak
    • Gula
    • Tepung gandum
    • Susu (segar, pekat, atau tepung)
    • Telur
    • Ikan segar atau beku
    • Sayur-sayuran segar
    • Ayam atau daging
    • Roti dan biskut
  • Barangan Keperluan Harian
    • Sabun basuh (cucian tangan atau serbuk pencuci pakaian)
    • Sabun mandi
    • Ubat gigi
    • Lampin bayi
    • Lampin dewasa
  • Barangan Dapur
    • Garam
    • Kicap atau sos
    • Makanan dalam tin (contoh: sardin, kacang panggang)

Nota : Barangan mewah seperti coklat, makanan segera, atau produk tidak perlu tidak termasuk dalam bantuan ini.

  • Kedai berdaftar akan memberikan panduan untuk memastikan barangan yang dibeli memenuhi syarat program bantuan.
  • Jika anda ingin mendapatkan senarai lengkap barangan yang diluluskan, anda boleh semak dengan pasar raya atau kedai runcit terlibat.

INFO

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment