BANTUAN SARA HIDUP (SEMAKAN STATUS 2024)
Kerajaan berharap dengan Bantuan Sara Hidup yang diberikan ini dapat membantu meningkatkan dayatahan kewangan sekaligus dapat meringankan bebanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat berpendapatan rendah.
Bagaimanakah semakan status bantuan sara? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN MUSIM TENGKUJUH : SEMAK SEKARANG
JADUAL PENYALURAN BANTUAN SARA 2024
Berikut merupakan jadual penyaluran yang terbaru bagi tahun 2024 :
NEGERI PENERIMA | TARIKH PENYALURAN |
---|---|
Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu | Bermula 22/01/2024 Sehingga 01/12/2024 |
Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor | Bermula 29/01/2024 Sehingga 01/12/2024 |
Sabah, Sarawak dan Labuan | Bermula 19/02/2024 Sehingga 12/08/2024 |
KADAR PENYALURAN BANTUAN SARA 2024
Kadar Bantuan Sara yang disalurkan bagi tahun ini adalah antara RM150 hingga RM1,200 (tertakluk kepada kelayakan penerima) :
KELAYAKAN / KATEGORI PENERIMA | MISKIN (RM) | MISKIN TEGAR (RM) | BUKAN MISKIN (RM) |
---|---|---|---|
ISI RUMAH | 1,200 | 1,200 | 300 |
WARGA EMAS | 1,200 | 1,200 | 150 |
BUJANG | 600 | 600 | 150 |
CARA BANTUAN SARA DISALURKAN 2024
Terdapat tiga (3) cara Bantuan Sara disalurkan, iaitu melalui :
BIL. | CARA PENYALURAN |
---|---|
1. | Pengkreditan tunai ke dalam akaun bank penerima |
2. | Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional |
3. | Secara tanpa tunai ke dalam akaun kad pintar penerima |
SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA HIDUP 2024
Ikuti cara semakan status di pautan rasmi seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Laman Semak Status Rasmi Bantuan Sara Hidup | https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus |
- Sila klik pada pautan laman ‘Semak Status’ rasmi di atas.
- Bahagian semak status akan dipaparkan.
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad*].
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di talian : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.