BANTUAN SARA HIDUP 2024 SEMAKAN STATUS : CHECK SEKARANG

BANTUAN SARA HIDUP 2024 SEMAKAN STATUS : CHECK SEKARANG

Isu kos sara hidup yang semakin tinggi menjadikan bebanan kepada ramai rakyat terutamanya dari golongan rentan yang berpendapatan rendah. Kerajaan prihatin terhadap rakyat yang terkesan, oleh itu Kerajaan menyediakan pelbagai bantuan untuk membantu meringankan bebanan sara hidup rakyat.

Bagaimanakah bantuan sara hidup semakan status? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN EKASIH RM1200 SEMAKAN STATUS : CHECK SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN SARA HIDUP

Antara bantuan sara hidup ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas (Januari – Disember 2024) dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

AMAUN BANTUAN SARA HIDUP 2024

Pemberian bantuan sara hidup adalah bergantung kepada kelayakan mengikut amaun seperti berikut :

  • Status Penerima Miskin & Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMAAMAUN
BANTUAN
Isi Rumah (Berpasangan / Ibu Bapa
Tunggal yang mempunyai anak)
RM1,200
Warga Emas Tiada PasanganRM1,200
BujangRM600
*Penerima Isi Rumah dan Warga Emas akan menerima RM100 setiap bulan. Manakala Bujang akan menerima RM50 setiap bulan.
  • Status Penerima Bukan Miskin / Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMAAMAUN
BANTUAN
Isi Rumah BerpasanganRM300
Warga EmasRM150
BujangRM150
*Pemberian setiap bulan akan diberitahu dalam masa terdekat.

CARA PENYALURAN BANTUAN SARA HIDUP 2024

Penyaluran bantuan sara hidup akan disalurkan mengikut negeri penerima seperti cara berikut :

NEGERI PENERIMACARA PENYALURAN
Seluruh Negeri di
Semenanjung Malaysia
Disalurkan ke dalam MyKad penerima
setiap bulan (Januari – Disember 2024)
khas untuk pembelian
barangan keperluan asas di kedai /
pasaraya seluruh Malaysia.
Negeri Sabah, Sarawak
dan W.P Labuan
Disalurkan secara tunai / melalui
akaun bank penerima dua (2) kali
setahun (19 Februari 2024 &
12 Ogos 2024) RM600 (Isi Rumah &
Warga Emas) dan RM300 (Bujang).

BANTUAN SARA HIDUP 2024 SEMAKAN STATUS

Semakan status bantuan sara hidup boleh disemak melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah MySTR LHDNM seperti pautan berikut :

PAUTAN PORTAL RASMI SEMAKAN STATUS
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila layari Portal Rasmi MySTR LHDNM di atas.
  2. Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon pada ruangan [No MyKad].
  3. Kemudian, klik [Log Masuk].
  4. Klik butang [Semak].
  5. Seterusnya, klik [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan dengan betul dan tekan [Log Masuk].
  7. Kemudian, klik pada [Semakan Permohonan].
  8. Status Sumbangan Tunai Rahmah dan status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pemohon akan dipaparkan.
  9. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • STR :
    • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
    • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
    • E-mel : [email protected]
  • SARA :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf dan https://www.mykasih.com.my/.

Leave a Comment