Bantuan SARA Hidup 2026 – Check Status Kelayakan Penerima

Bantuan SARA Hidup 2026 – Check Status Kelayakan Penerima

Bantuan SARA Hidup 2026 (Sumbangan Asas Rahmah) akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak bermula 9 Januari. Semak status kelayakan anda di https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus

SARA Bulanan 2026

Berikut dikongsikan maklumat lengkap mengenai bantuan SARA Hidup 2026 termasuk kadar bantuan, cara tebus menggunakan mykad dan senarai barangan yang boleh dibeli.

‘Baca Juga : Permohonan Bantuan Ibu Bersalin 2026

Apa Itu Bantuan SARA Hidup?

Bantuan SARA Hidup atau Sumbangan Asas Rahmah 2026 ialah bantuan kerajaan Malaysia yang diberi terus ke dalam MyKad penerima yang layak setiap bulan. Dengan program ini, penerima boleh membeli barang keperluan asas di kedai MyKasih tanpa menggunakan wang tunai. Ini membantu mereka yang berpendapatan rendah untuk menguruskan perbelanjaan harian dengan lebih baik, selaras dengan Ekonomi MADANI yang memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat.

APA ITU BANTUAN SARA

SARA 2026 diberi secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak, termasuk keluarga B40, warga emas, bujang berpendapatan rendah, dan penerima dalam pangkalan data eKasih (miskin tegar).

Tarikh Bayaran Bantuan SARA Hidup 2026

Biasanya, SARA bulanan masuk pada hari pertama setiap bulan, tetapi untuk bulan pertama ada sedikit perbezaan :

SARA BULANAN
  • Januari 2026 : Pembayaran mula dimasukkan mulai 9 Januari 2026 secara berperingkat. Pada tarikh ini, penerima kategori isi rumah (berkahwin/berkeluarga) dan warga emas akan menerima SARA mereka, diikuti kategori bujang mulai 16 Januari 2026.
SARA BUJANG 2026

(Nota : Pembayaran berperingkat ini dibuat untuk memastikan sistem berjalan lancar kerana jumlah penerima yang besar.)

  • Februari 2026 dan seterusnya : Mulai Februari, pembayaran SARA dijadualkan pada awal bulan (sekitar 1 haribulan) setiap bulan. Contohnya, SARA bulan Februari 2026 akan dimasukkan pada atau sebelum 1 Februari 2026, manakala SARA Mac 2026 pada 1 Mac 2026, dan seterusnya.

Nota : Semua baki kredit SARA yang tidak digunakan dalam bulan tersebut akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga 31 Disember 2026. Ini bermakna jika anda tidak membelanjakan semua jumlah SARA bulan tersebut, baki itu masih boleh digunakan pada bulan-bulan seterusnya dalam tahun 2026.

Kadar Bantuan SARA 2026

Jumlah bantuan SARA 2026 berbeza mengikut kategori penerima. Kerajaan telah menetapkan kadar bantuan bulanan yang sesuai, dengan golongan miskin tegar menerima jumlah yang lebih tinggi. Berikut adalah kadar SARA bulanan 2026 bagi setiap kategori penerima yang layak :

KategoriKadar BulananJumlah (setahun)
Isi Rumah (STR)RM100RM1,200
Isi Rumah (eKasih)RM200RM2,400
Warga Emas (STR)RM50RM600
Warga Emas (eKasih)RM100RM1,200
Bujang (STR)RM50RM600
Bujang (eKasih)RM100RM1,200

SARA Untuk Semua (One Off RM100)

Sebagai tambahan kepada bayaran bulanan di atas, kerajaan mengumumkan pemberian khas RM100 yang dikenali sebagai “SARA untuk Semua”. Bantuan ini diberikan sekali sahaja pada Februari 2026 kepada semua rakyat Malaysia dewasa sebagai tanda keprihatinan terhadap peningkatan kos hidup. Berikut adalah butiran bayaran RM100 SARA 2026:

  • Tarikh Bayaran : Dikreditkan mulai 9 Februari 2026 ke dalam MyKad penerima. (Tarikh ini dipilih bersempena persiapan menyambut bulan Ramadan dan Tahun Baharu Cina 2026, di mana perbelanjaan isi rumah biasanya meningkat.)
  • Penerima yang Layak : Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas layak menerima RM100 ini, termasuk yang bukan penerima STR. Ini bermakna lebih kurang 22 juta rakyat Malaysia akan mendapat manfaat RM100 tanpa mengira pendapatan atau status penerimaan bantuan lain. (Contohnya, golongan M40 yang tidak menerima STR juga akan menerima RM100 ini.)
SARA UNTUK SEMUA RM100

Sama seperti SARA bulanan, bantuan RM100 ini hanya boleh digunakan untuk pembelian barang asas terpilih dan tidak boleh dikeluarkan sebagai tunai. Bantuan ini diharapkan dapat membantu semua rakyat dalam menghadapi perbelanjaan tambahan pada awal tahun.

Cara Check Status Kelayakan Penerima SARA 2026

Kerajaan menyediakan kemudahan semakan status secara atas talian untuk memudahkan penerima. Berikut adalah cara menyemak status SARA 2026 :

Portal Rasmi SARA/MyKasih

  1. Lawati laman web MyKasih di pautan ini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  2. Masukkan nombor MyKad (tanpa tanda sempang).
  3. Masukkan kod keselamatan (captcha) yang tertera.
  4. Klik butang “Semakan Status”.
  5. Keputusan akan menyatakan :
    • Status kelayakan (“Layak” / “Tidak Layak”)
    • Nama penuh penerima
    • Baki kredit SARA dalam MyKad
    • Tarikh bantuan mula dikreditkan
Check status kelayakan SARA 2026

Laman Web Rasmi MySTR

  1. Sila layari portal rasmi mySTR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad MyKad anda.
    • Tekan (Semak).
    • Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  4. Seterusnya, tekan butang (Semak).
    • Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
    • ⁠Klik butang (Log Masuk).
  5. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  6. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
    • Status Permohonan STR ;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  7. Selesai
Portal MySTR

Aplikasi MyKasih

  • Sebagai pilihan, anda boleh menggunakan Aplikasi MyKasih (boleh dimuat turun dari Google Play Store / Apple App Store).
  • Log masuk menggunakan IC dan telefon yang berdaftar, kemudian pilih menu “Semakan/Status Bantuan” untuk menyemak kelayakan dan baki.
  • Aplikasi ini juga membolehkan anda melihat sejarah transaksi dan lokasi kedai berdaftar berhampiran.
APLIKASI MYKASIH

Cara Guna Bantuan SARA

Setiap penerima bantuan SARA hidup 2026 akan menggunakan MyKad mereka sebagai “kad debit” untuk membeli barang keperluan asas di kedai yang terpilih. Berikut adalah langkah-langkah cara menggunakan bantuan SARA dalam MyKad anda :

  1. Beli di Kedai Berdaftar : Pergi ke mana-mana kedai runcit atau pasar raya yang berdaftar dalam program MyKasih. Anda boleh menyemak senarai kedai berdaftar berdekatan melalui laman web atau aplikasi MyKasih.
  2. Pilih Barang Keperluan Asas : Pilih barang keperluan asas yang ingin dibeli. Program SARA menghadkan pembelian kepada barang keperluan asas penting sahaja. Di kedai, anda boleh mencari barang yang layak melalui label “SARA” atau “MyKasih”.
  3. Serahkan MyKad di Kaunter : Setelah memilih barang, pergi ke kaunter pembayaran dan serahkan MyKad anda kepada juruwang. Beritahu juruwang bahawa anda ingin menggunakan bantuan MyKasih/SARA. Juruwang akan mengimbas barang yang anda beli.
  4. Masukkan PIN MyKad : Kali pertama penggunaan, PIN sementara MyKad anda adalah 6 digit pertama nombor IC anda. Tukar PIN sementara ini kepada PIN baharu pilihan anda. Masukkan PIN 6 digit tersebut pada terminal kad apabila diminta.
  5. Transaksi Selesai & Semak Baki : Setelah PIN disahkan, nilai bantuan SARA akan ditolak secara automatik daripada baki dalam MyKad untuk membayar pembelian barang anda. Jika jumlah pembelian melebihi baki SARA, anda boleh membayar baki selebihnya menggunakan tunai atau cara lain.
  6. Simpan Resit Pembelian : Pastikan anda menyimpan resit bagi tujuan semakan atau rujukan transaksi pembelian di kemudian hari.
CARA GUNA BANTUAN SARA

Kategori Barangan Bantuan SARA

Berikut merupakan 14 kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA :

  1. Produk Kebersihan : Colgate / Kotex / Detol
  2. Ubat-ubatan : Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  3. Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
  4. Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  5. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  6. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  7. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  8. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  9. Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  10. Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  11. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  12. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
  13. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  14. Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan
14 Kategori Barangan SARA

Soalan Lazim (FAQ) Bantuan SARA Hidup 2026

Adakah saya perlu memohon Bantuan SARA Hidup 2026?

Tidak. SARA 2026 diberi secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak.

Di mana boleh guna kredit SARA?

Kredit SARA boleh digunakan di lebih 4,100 kedai rakan niaga MyKasih di seluruh negara seperti Mydin, Giant, HeroMarket, serta kedai runcit tempatan berdaftar.

Apakah barangan yang boleh dibeli?

Terdapat 14 kategori barangan asas termasuk:beras, minyak masak, tepung, gula, susu, telur, ayam, ikan, sayur, roti, lampin, ubat asas (seperti Panadol), sabun mandi, dan alat tulis.

Adakah baki kredit SARA akan luput setiap bulan?

Tidak. Baki kredit tidak akan luput dalam bulan yang sama dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2026.

Bagaimana cara menyemak status kelayakan SARA dan baki dalam MyKad?

Anda boleh menyemak status kelayakan SARA 2026 secara atas talian. Layari portal rasmi SARA/MyKasih atau portal rasmi MySTR.

Maklumat & Info Lanjut

Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berkaitan Sumbangan Asas Rahmah SARA 2026, sila layari atau hubungi :

Leave a Comment