BANTUAN SARA HIDUP FASA 3 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

BANTUAN SARA HIDUP FASA 3 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

Cabaran ekonomi masa kini bagi rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan pastinya akan terbeban untuk menyara kehidupan. Oleh itu, kerajaan memberikan Bantuan Sara Hidup bagi mengurangkan cabaran ekonomi.

Bagaimanakah semak nama penerima Bantuan Sara Hidup Fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN MYSARA RM600 FASA 2 : CHECK SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN SARA HIDUP 2024

Bantuan Sara Hidup adalah merupakan bantuan yang dibentangkan dalam belanjawan 2024 untuk rakyat yang berpendapatan rendah dan serdehana. Bersama dengan bantuan ini, terdapat juga bantuan tambahan bagi membantu menampung kos sara hidup rakyat.

KADAR PERUNTUKAN BANTUAN SARA HIDUP 2024

Dalam Belanjawan 2024, kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM10 billion bagi Bantuan Sara Hidup dan peruntukan untuk bantuan tambahan adalah sebanyak RM700 juta khusus kepada rakyat yang memenuhi syarat kelayakan.

KADAR PENYALURAN BANTUAN SARA HIDUP FASA 3

Untuk kadar penyaluran fasa tiga (3) pula, ia tertakluk kepada kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

  • Penyaluran Bantuan Sara Hidup Fasa 3 :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
FASA 3
Isi Rumah B400 anak : RM150
1-2 anak : RM300
3-4 anak : RM500
5 ke atas : RM650
Isi Rumah M400 anak : RM150
1-2 anak : RM200
3-4 anak : RM250
5 ke atas : RM300
Warga EmasRM150
BujangRM100
  • Penyaluran Bantuan Tambahan :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
KESELURUHAN
Isi Rumah B40RM1,200
Isi Rumah M40RM300
Warga EmasB40 : RM1,200
M40 : RM150
BujangB40 : RM600
M40 : RM150

TARIKH PENYALURAN BANTUAN SARA HIDUP FASA 3

Berikut merupakan tarikh untuk penyaluran Bantuan Sara Hidup bagi fasa ketiga (2) :

JENIS BANTUANTARIKH PENYALURAN
Bantuan Sara Hidup** Ogos 2024
Bantuan Tambahan1 Ogos 2024 & 12 Ogos 2024

SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP FASA 3 2024

Untuk mengetahui nama penerima yang layak Bantuan Sara Hidup, ikuti cara semakan seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Bantuan Sara Hidup.
  2. masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status penerima fasa 3 akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR & SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf.

Leave a Comment