BANTUAN SARA HIDUP RM400 2024 : SEMAKAN NAMA PENERIMA

BANTUAN SARA HIDUP RM400 2024 : SEMAKAN NAMA PENERIMA

Untuk menyara kehidupan dalam peningkatan ekonomi kini pastinya tidak mudah bagi isi rumah yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan. Oleh itu, kerajaan komited untuk membantu dengan memperuntukan pelbagai bantuan sara hidup.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan sara hidup rm400? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM400 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

APA ITU BANTUAN SARA HIDUP 2024

Bantuan Sara Hidup adalah merupakan bantuan yang disalurkan kepada isi rumah yang kurang kemampuan dan memerlukan untuk menyara kehidupan. Bantuan yang disalurkan adalah secara elaun setiap bulan untuk menampung kos perbelanjaan bulanan seisi rumah.

BERAPAKAH KADAR PERUNTUKAN BANTUAN SARA HIDUP 2024

Kadar peruntukan Bantuan Sara Hidup bagi tahun 2024 adalah seperti berikut :

KADAR PERUNTUKAN
TAHUN 2024
BILANGAN PENERIMAAMAUN BANTUAN
SETIAP BULAN
RM108 juta30,000RM300
RM700 juta700,000RM100

BAGAIMANAKAH PELAKSANAAN BANTUAN SARA HIDUP 2024

Pelaksanaan Bantuan Sara Hidup bagi tahun 2024 adalah mengikut yang telah ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :

  1. Bantuan bernilai RM300 adalah dilaksanakan secara tanpa tunai melalui aplikasi e-Wallet; dan
  2. Bantuan bernilai RM100 pula dilaksanakan secara tanpa tunai melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan penerima.

BILAKAH TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN SARA HIDUP RM400

Kerajaan telah melaksanakan Bantuan Sara Hidup ini sejak tahun lalu dan pengkreditan bantuan ialah pada tarikh :

PERKARATARIKH
Pengkreditan Bantuan
Sara Hidup Terbaru
Bermula pada 1 Julai 2024
(Isnin)

SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP RM400 2024

Ikuti cara semakan Bantuan Sara Hidup seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi semakan di atas.
  2. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  3. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.
  1. Sila layari portal rasmi semakan di atas.
  2. Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
  3. Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  5. Klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA & BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ dan https://www.bingkasselangor.com/#pengenalan.

Leave a Comment