BANTUAN SARA MYKASIH 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Hampir 8.7 juta rakyat Malaysia yang disahkan layak akan menikmati Bantuan SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah yang merupakan bantuan di bawah Program MyKasih. Pemberian Bantuan SARA telah ditambahbaik oleh Kerajaan sepanjang tahun 2024.
Bagaimanakah semak status bantuan sara mykasih? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN B40 : CHECK STATUS SEKARANG
BILANGAN PENERIMA BANTUAN SARA MYKASIH
Penerima bagi Bantuan SARA MyKasih adalah terbahagi kepada tiga kategori mengikut status kelayakan seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
Kategori berstatus Miskin Tegar : Isi rumah berkeluarga Warga Emas tiada pasangan Bujang / Bujang OKU | 0.2 juta |
Kategori berstatus Miskin e-Kasih : Isi rumah berkeluarga Warga Emas tiada pasangan Bujang / Bujang OKU | 0.5 juta |
Kategori berstatus Asas bukan miskin : Isi rumah berkeluarga Warga Emas tiada pasangan Bujang | 8.0 juta |
KADAR PEMBERIAN BANTUAN SARA MYKASIH
Pemberian Bantuan SARA Mykasih adalah berbeza mengikut status dan kategori seperti berikut :
KATEGORI / STATUS | MISKIN TEGAR | MISKIN EKASIH | ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|---|---|
ISI RUMAH | RM1,200 | RM1,200 | RM300 |
WARGA EMAS | RM1,200 | RM1,200 | RM150 |
BUJANG | RM600 | RM600 | RM150 |
TEMPOH PENYALURAN BANTUAN SARA MYKASIH
Penyaluran Bantuan SARA Mykasih adalah mengikut tempoh yang ditetapkan setiap negeri penerima seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | TEMPOH PENYALURAN |
---|---|
Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia | Setiap bulan bermula 22 Januari 2024 sehingga 01 Disember 2024 |
Negeri Sabah dan Sarawak | Dua kali setahun pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024 |
BANTUAN SARA MYKASIH 2024
Semakan status penerima Bantuan SARA perlu disemak melalui laman rasmi MyKasih seperti berikut :
PAUTAN LAMAN RASMI MYKASIH |
---|
https://www.mykasih.com.my/ |
- Sila klik pautan laman rasmi MyKasih di atas.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
E-mel : [email protected]
Laman Bantuan MyKasih : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.