BANTUAN SARA MYKASIH FASA 3 RM100 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

BANTUAN SARA MYKASIH FASA 3 RM100 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Sepanjang tahun 2024, bantuan SARA di bawah program Mykasih akan disalurkan secara berperingkat dan mengikut fasa yang ditetapkan oleh kerana Kerajaan menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi rakyat. Bantuan SARA disalurkan daripada lebihan penjimatan subsidi.

Bagaimanakah semak status bantuan sara mykasih fasa 3 rm100? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN SARA MYKASIH : SEMAK STATUS SEKARANG

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA MYKASIH FASA 3 RM100

Bantuan Sara MyKasih fasa ketiga yang bernilai RM100 adalah khas untuk penerima yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beralamat di Semenanjung Malaysia;
  • Kategori isi rumah berkeluarga atau ibubapa tunggal yang mempunyai anak / tiada anak;
  • Berumur 21 tahun dan ke atas (termasuk warga emas;
  • Berstatus miskin atau miskin tegar di bawah data e-Kasih; dan
  • Lulus / penerima yang sah Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH FASA 3 RM100

Kerajaan telah mengumumkan pembayaran Bantuan Sara Mykasih bagi fasa ketiga adalah bermula pada 1 Mac 2024 (Jumaat) disalurkan kepada penerima yang disahkan layak sebanyak nilai RM100.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH FASA 3 RM100

Pembayaran Bantuan Sara Mykasih fasa ketiga akan disalurkan menerusi kad pengenalan penerima sebanyak RM100 sahaja. Dengan menggunakan bantuan di dalam kad pengenalan tersebut boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai-kedai terpilih seluruh Malaysia.

BANTUAN SARA MYKASIH FASA 3 RM100 2024

Pemohon perlu membuat semakan status Bantuan Sara Mykasih fasa 3 melalui portal rasmi Mykasih seperti berikut :

  1. Sila klik pautan laman rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “BANTUAN SARA MYKASIH FASA 3 RM100 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG”

Leave a Comment