BANTUAN STR FASA 2 2025 : SEMAKAN TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

BANTUAN STR FASA 2 2025 : SEMAKAN TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40 dan M40) dengan bantuan tunai yang disalurkan secara berperingkat sepanjang tahun. STR ini termasuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memberi manfaat kepada isi rumah miskin tegar dan golongan yang memerlukan.

Baca Juga : BANTUAN BUDI MADANI (SYARAT KELAYAKAN DAN CARA PERMOHONAN)

SEMAKAN TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025

Kerajaan telah menetapkan bahawa bayaran bantuan STR 2025 akan dibuat dalam beberapa fasa bagi memastikan penerima mendapat bantuan secara berperingkat. Berikut adalah jadual anggaran tarikh bayaran STR 2025 :

  • Fasa 1 : Januari 2025
  • Fasa 2 : Mac 2025 (Spekulasi : 24 – 27 Mac 2025)
  • Fasa 3 : Jun 2025
  • Fasa 4 : September 2025

Tarikh rasmi setiap fasa akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dari semasa ke semasa.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR 2025

Jumlah bayaran bantuan STR 2025 berbeza mengikut kategori penerima :

Kategori PenerimaPendapatan BulananBilangan AnakJumlah Bayaran STR 2025
Isi Rumah (B40)RM0-RM2,5000RM1,000
RM0-RM2,5001-2RM1,500
RM0-RM2,5003-4RM2,000
RM0-RM2,5005 ke atasRM2,500
Isi Rumah (M40)RM2,501-RM5,0000RM500
RM2,501-RM5,0001-2RM750
RM2,501-RM5,0003-4RM1,000
RM2,501-RM5,0005 ke atasRM1,250
Warga Emas (Tiada Pasangan)RM600
Bujang (21-59 Tahun)RM0-RM2,500RM600


Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang berdaftar.

CARA SEMAKAN STR 2025

Penerima boleh membuat semakan status bayaran STR 2025 melalui portal rasmi yang disediakan oleh kerajaan :

  • Layari laman web rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Masukkan nombor MyKad dan kata laluan
  • Klik “Semakan Status” untuk melihat kelayakan dan jumlah bayaran
  • Sekiranya terdapat masalah atau perubahan maklumat, penerima boleh menghubungi LHDN atau pejabat berkaitan untuk mendapatkan bantuan.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

Selain STR, kerajaan turut memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memberi manfaat tambahan kepada penerima dalam kategori miskin tegar. Bantuan ini berbentuk :

  • Kredit dalam MyKad untuk pembelian barang keperluan
  • Kadar bantuan SARA telah ditingkatkan kepada RM2,100 untuk tahun 2025, berbanding RM1,200 pada tahun 2024.
  • Bantuan ini akan disalurkan secara bulanan melalui MyKad penerima.

KESIMPULAN

Bantuan STR 2025 dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan usaha kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Penerima digalakkan untuk sentiasa menyemak status bayaran dan tarikh rasmi melalui portal STR bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

INFO

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment