BANTUAN TAMBAHAN STR 2025 : SEMAK KELAYAKAN & MOHON SEKARANG

BANTUAN TAMBAHAN STR 2025 : SEMAK KELAYAKAN & MOHON SEKARANG

Tambahan wang tunai akan diberikan kepada sebahagian penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2025 supaya bebanan kewangan yang dihadapi rakyat yang berpendapatan rendah dan serdehana dapat diringankan

Bagaimanakah semak kelayakan & mohon bantuan tambahan str? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN TUNAI TERBARU RM600 UNTUK BUJANG TELAH DIBUKA : MOHON SEKARANG

JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN STR 2025

Setiap penerima akan menerima jumlah Bantuan STR dan Tambahan STR yang berbeza mengikut kategori kelayakan seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN
ISI RUMAH
JUMLAH
BANTUAN STR
JUMLAH
BANTUAN
TAMBAHAN STR
Isi Rumah B400 anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3-4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Miskin Tegar :
RM1,200

Serdehana :
RM900
Isi Rumah M400 anak : RM500
1-2 anak : RM750
3-4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
Semua RM900
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN
BUJANG
JUMLAH
BANTUAN STR
JUMLAH
BANTUAN
TAMBAHAN STR
Bujang BeliaRM600Miskin Tegar :
RM600

Serdehana :
RM0
Bujang Warga EmasRM600Miskin Tegar :
RM1,200

Serdehana :
RM450

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN TAMBAHAN STR

Lazimnya penyaluran Bantuan Tambahan STR adalah tidak sama dengan penyaluran Bantuan STR kerana Bantuan Tambahan ini akan disalurkan secara ansur setiap bulan selama tempoh 9 hingga ke 12 bulan (mengikut kelayakan penerima) melalui pengkreditan tunai dan tanpa tunai.

KAEDAH PENYALURANNEGERI PENERIMA
Dikreditkan secara tanpa tunai
ke dalam akaun kad pengenalan penerima
Semenanjung Malaysia
Dikreditkan secara tunai
ke dalam akaun bank penerima
Sabah dan Sarawak

SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Tambahan STR, ikuti cara semakan seperti berikut :

  1. Layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan nombor Mykad pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada [Pautan Portal Rasmi MyKasih] di bawah.
  10. Bahagian semakan status akan dipaparkan.
  11. Sila masukkan nombor MyKad* dan klik butang [Semakan Status].
  12. Status penerima akan dipaparkan.
  13. Selesai.

CARA MEMOHON BANTUAN TAMBAHAN STR

Bagi rakyat yang belum membuat sebarang permohonan, ikuti cara memohon secara atas talian seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Sila klik pada butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
  4. Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
  5. Segala maklumat pemohon akan dipaparkan.
  6. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
  7. Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
  8. Sekiranya pilihan [Status Perkahwinan] pemohon adalah ‘Berkahwin’ sila lengkapkan maklumat pasangan.
  9. Masukkan ‘Maklumat Anak’ yang berusia 18 tahun ke bawah dan terhad kepada 5 anak sahaja.
  10. Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
  11. Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  12. Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tick[/] pada ruangan tersebut.
  13. Klik butang [Hantar] di bawah.
  14. Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  15. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari :

Leave a Comment