BANTUAN TUNAI BUJANG RM50 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

BANTUAN TUNAI BUJANG RM50 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Tidak ketinggalan, kategori bujang juga diutamakan oleh Kerajaan dalam pemberian bantuan tunai. Mungkin amaun bantuan tunai RM50 tidak tinggi, namun Kerajaan yakin ia dapat sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan yang dihadapi golongan bujang.

Bagaimanakah semak status bantuan bujang rm50 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN TERBARU : SEMAK KELAYAKAN

MANFAAT BANTUAN BUJANG RM50 SETIAP BULAN 2024

Berikut merupakan manfaat-manfaat yang diperoleh golongan bujang daripada bantuan ini :

  1. Golongan bujang yang layak akan menerima RM50 secara automatik setiap bulan;
  2. Boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless);
  3. Boleh digunakan pada lebih 600 kedai yang berdaftar;
  4. Had bantuan antara RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun;
  5. Baki pada bulan terdahulu akan dibawa ke bulan seterusnya;
  6. Sah digunakan sehingga tempoh 31 Disember 2024.

TARIKH DAN KAEDAH KREDIT BANTUAN TUNAI BUJANG RM50 SETIAP BULAN

Pengkreditan bantuan tunai RM50 setiap bulan kepada kategori bujang mengikut tarikh serta kaedah seperti berikut :

PERKARAKETERANGAN
Tarikh kredit bantuan
tunai RM50 setiap bulan
Bermula pada setiap 1 hari bulan :
Januari, Februari, Mac, April,
Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober,
November dan Disember 2024.
Kaedah kredit bantuan
tunai RM50 setiap bulan
Akan dikreditkan menerusi akaun yang
diaktifkan melalui kad pengenalan
penerima.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI BUJANG RM50 SETIAP BULAN

Pemberian bantuan tunai RM50 setiap bulan untuk kategori bujang adalah terhad kepada yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Menetap di Semenanjung Malaysia;
  • Had umur 21 tahun dan ke atas;
  • Status Bujang / Bujang OKU / Balu / Duda / Janda yang tiada anak;
  • Pendapatan individu tidak melebihi RM2,500 sebulan;
  • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
  • Berdaftar dengan eKasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar; dan
  • Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah sebagai Kategori Bujang.

SEMAK STATUS BANTUAN TUNAI BUJANG RM50 SETIAP BULAN 2024

Bagaimanapun untuk mengetahui kelayakan, semakan status boleh disemak melalui laman rasmi seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan rasmi semakan status di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Setelah anda klik pada pautan di atas, anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
  3. Pada halaman tersebut, sila masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima yang layak akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti ikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment