BANTUAN TUNAI.HASIL : KEMASKINI STR 2025 (SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK)
Bantuan Tunai Rahmah (STR) 2025 merupakan inisiatif kerajaan Malaysia bagi membantu rakyat yang berkelayakan, khususnya golongan B40 dan M40. Jika anda ingin mengetahui status kelayakan atau membuat kemaskini STR 2025, artikel ini akan menerangkan cara semakan dan langkah-langkah yang perlu diambil.
Baca Juga : CARA KIRA DIVIDEN KWSP
APA ITU STR 2025?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada isi rumah, bujang, dan warga emas bagi meringankan kos sara hidup. Bantuan ini akan diagihkan dalam empat fasa sepanjang tahun 2025.
TARIKH BAYARAN STR 2025
BANTUAN TUNAI.HASIL : KEMASKINI STR 2025 (SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK)
Pembayaran STR 2025 akan dibuat dalam 4 fasa, mengikut jadual berikut :
- Fasa 1 : 22 Januari 2025
- Fasa 2 : April 2025
- Fasa 3 : Ogos 2025
- Fasa 4 : November 2025
CARA KEMASKINI STR 2025
Jika anda sudah menerima STR sebelum ini, penting untuk mengemaskini maklumat supaya kelayakan anda tidak terjejas. Kemaskini boleh dilakukan secara online atau manual.
- Kemaskini STR Secara Online
- Ikuti langkah berikut :
- Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Masukkan nombor MyKad dan kata laluan
- Pergi ke bahagian Kemaskini
- Pastikan maklumat peribadi, pendapatan, dan bilangan tanggungan adalah betul dan terkini
- Klik Hantar untuk mengesahkan kemaskini
- Kemaskini STR Secara Manual
- Jika anda menghadapi masalah kemaskini secara online, anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan LHDN atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) dengan membawa dokumen berikut :
- Salinan MyKad pemohon
- Salinan MyKad pasangan (jika berkahwin)
- Bukti pendapatan terkini
- Dokumen sokongan lain (jika perlu)
CARA SEMAKAN STATUS STR 2025 (Layak atau Tidak)
- Semakan kelayakan STR 2025 boleh dibuat di portal rasmi STR :
- Layari portal https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik “Semakan Status”
- Masukkan nombor MyKad
- Klik “Semak”
- Status kelayakan akan dipaparkan Jika status anda “Lulus”, pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan. Jika “Gagal”, anda boleh membuat rayuan STR.
KATEGORI PENERIMA DAN JUMLAH STR 2025
KATEGORI | PENDAPATAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
Isi Rumah (Tiada Anak) | <RM2,500 | RM1,000 |
Isi Rumah (1-2 Anak) | <RM2,500 | RM1,500 |
Isi Rumah (3-4 Anak) | <RM2,500 | RM2,000 |
Isi Rumah (5 Anak ke atas) | <RM2,500 | RM2,500 |
Warga Emas (Tiada Pasangan) | <RM5,000 | RM600 |
Bujang | <RM2,500 | RM350 |
STR 2025 : SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
Bagi golongan miskin dan miskin tegar, kerajaan turut menyediakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bantuan ini berjumlah RM2,100 setahun dan akan dikreditkan ke MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas.
SOALAN LAZIM (FAQ)
- Siapa yang perlu kemaskini STR 2025?
- Mereka yang mengalami perubahan maklumat seperti status perkahwinan, bilangan tanggungan, atau pendapatan.
- Apa perlu dilakukan jika status STR 2025 “Tidak Lulus”?
- Anda boleh membuat rayuan STR di portal rasmi STR atau mengunjungi cawangan LHDN.
KESIMPULAN
Pastikan anda mengemaskini maklumat STR 2025 bagi mengelakkan sebarang masalah dalam menerima bantuan. Semakan status boleh dilakukan secara online melalui portal rasmi STR. Jika tidak layak, anda boleh membuat rayuan STR sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Hotline : 03-8882 4565
- E-mel : [email protected]